Sakit hati atau cemburu tengok mereka rentas negeri pulang beraya ?

by - Mei 17, 2021

Awal pagi tadi.. di Twitter aku ternampak Tweet yang dah dijangka. Jammed di lebuhraya dari Pantai Timur. Geleng kepala aku.  Aku malas nak buat andaian. Tapi boleh tau la kan kenapa dan mengapa. Terlupa ke yang punca kenaikan kes di Pantai Timur baru baru ni , berpunca dari cuti sekolah ! Daripada zon hijau , sekarang dah jadi zon merah. Ni sekarang nak jadikan zon apa lak ? Zon perang ?

Tahu ke berapa ramai sebenarnya boleh rentas negeri tapi tak nak buat demikian dek kerana tak nak jadi pembawa dalam senyap ? Kita mungkin nampak sihat dan tak bergejala. Tapi hakikatnya ? Dalam senyap boleh sebarkan kepada orang lain... terutama orang tersayang seperti orang tua kita. 

Sakit hati tengok gambar gambar korang beraya ? Tak pun.. Serius tak ! Yang aku tak nak ialah hospital penuh dengan pesakit pesakit Covid 19 ni ! Sehingga mereka yang sakit dek kerana penyakit lain terpaksa bersaing untuk dapatkan katil ! Bayangkan jika terjadi pada anak anak kita.. Kau rasa aku ada masa nak sakit hati tengok kau beraya ? Pastu , bayangkan jika kau yang pulang beraya tu, menjadi kluster di tempat orang ! Tak pasal pasal jadi busuk nama negeri daerah tempat kau tinggal tu ! Nama kau busuk, aku tak kisah.. tapi terpalit sekali ngan negeri tu yang tak syok ! 




Bermula dari hari hari ni.. yakni Isnin , kita akan mula hitung hari.. untuk 2 minggu. Tengok kenaikan kes. Dan bayangkan bangsa bangsa lain kata ni semua dek kerana HARI RAYA punya festival ! Balik Kampung punya pasal ! Kau rasa sapa yang malu ? Kau dan keluarga kau ? Haih la... Malu woo.. 

Kalau yang benar benar balik kampung dek kerana 'keperluan' seperti orang tua tak sihat ke atau ada kes kecemasan , tu ok la. Tapi bila sampai di kampung tu , janganlah berjalan sana sini lak. Duduk diam diam dalam rumah tu jer. Takda sapa nak bising. Dan tak perlulah nak beria post gambar di media sosial.  Simpan je dalam handphone tu wat kenangan peribadi. Tak perlu nak tunjuk kasih sayang tu, buat sementara ni. Ramai yang kerinduan juga pada orang tua di kampung. Mereka boleh rentas negeri tapi tak nak dek kerana membantu negara untuk memutuskan rantaian. 

Kesian pada yang benar benar memerlukan kebenaran rentas negeri , selepas ni ! Bayangkan jika kes mencecah ke 10 ribu sehari. Bayangkan bagaimana keadaan hospital dan pusat pusat rawatan Covid 19 tu nanti bagaimana. Bayangkan betapa lesunya frontliners yang membantu pesakit pesakit Covid 19 ni nanti. Oh ya... diorang ni apa pedulik kan ? Janji dapat beraya...Positif nanti, report KKM jer. Kalau takda apa apa tindakan , up je kat media sosial kata KKM tak buat kerja ! Kan ? 

Nota kaki : Aku tak cakap pasal korang tau.. Aku cakap pasal mereka yang degil ni. Yang rentas negeri dengan menipu pastu tak ikut SOP. Jangan salahkan SOP ! SOP berubah ubah kerana mengikut kesesuaian. Yang penting , kita punya hati perut untuk memikirkan tindakan kita.. PERLU atau TIDAK PERLU ! 

You May Also Like

4 comments

  1. geram dengan sikap yang suka pentingkan diri... tapi kalau ada kepentingan biarlah berpada

    BalasPadam
  2. Balasan pasti menanti di masa depan. Beringat lah.

    BalasPadam
  3. camne boleh terlepas tu rentas negeri.. bkn sikit tu.... ramainya golongan kayangan huhuuhu

    BalasPadam
  4. betul...bagi mereka yg degil sgt tu harap berasa serba slh la..tak pasal-psal kes makin naik..pentingkan diri sendiri..

    BalasPadam