Covid 19 dah reda nanti, baliklah kampung !

by - Ahad, Mei 09, 2021

Takda pilihan. Suka atau tidak , kita kena terima. Nak tuding jari pun, bukan boleh ulang kisah lalu. Apa yang boleh kita buat sekarang teruskan perjuangan. Lawan kita bukan saja Covid 19 tapi juga sikap diri kita sendiri. Nampak mudah tapi masih lagi dalam proses mematuhinya. Walaupun dah berkali kali.. dah setahun kita diajarkan.. patuhi SOP ! Namun adakalanya kita terlupa dan terlalai. Ada yang jadi mangsa... ada yang terselamat ! 

Aidilfitri beberapa hari lagi. Ramai mula sebak. Tak dapat balik beraya. Kita kena tahu.. keadaan tidak lagi sama seperti tahun tahun yang lepas. Kita berada di satu keadaan yang 'merbahaya'. Mungkin bukan untuk kita tapi untuk orang lain.. untuk keluarga tersayang ? 

Faham keadaan...suka atau tidak , inilah realiti yang kita kena lalui. Takda pilihan. Buat masa ini , kita hargailah nyawa kita. Tak perlu degil. Tak perlu nak engkar. Jangan sampai satu ketika.. apa yang keluar dari mulut kita ialah.. 

" Maafkan aku.. aku sendiri tak tau yang aku ada Covid 19. Aku ingatkan aku sihat. " dan ketika tu, seluruh keluarga kita dah dijangkiti.. Ada yang dah masuk wad.. ada yang dah berjuang..hidup dan mati. Apakah ketika tu baru nak tepuk dahi menyesal atau menangis teresak esak ? 

" Kalau aku tau.. aku rela duduk kat rumah je dari tengok mereka sakit.. ". Ini bukan khayalan. Ini bukan cobaan. Dah ada kes sehingga ramai yang terkorban dek kerana seorang punya pasal ! Masa swab test , negatif.. dia balik kampung. Swab test kedua , di negeri dia.. rupanya dia positif ! Dan masa tu dah terlambat ! 





Sabarlah... Doa doakan agar hari mendatang adalah hari yang terbaik buat kita dan negara kita. Yer , aku tau.. simpan saja dendam kesumat tu. Nanti masa PRU akan datang, kita sama sama turun mengundi dan buktikan... Mereka yang ada sekarang ni sebenarnya tak layak untuk duduk di situ ! Dan kita pilihlah generasi baru untuk memimpin.. InshaAllah..





 

You May Also Like

0 comments