Whatsapp jer nak makan apa , nanti Lubook MakanKing Viral hantar ke rumah anda !

by - Sabtu, Mei 22, 2021

Nah... takut nak keluar rumah ? Yer.. wajar ! Dengan kenaikan kes positif Covid 19 yang mencanak canak naik ni , adalah wajar duduk di rumah saja buat masa ni. Samada nak percaya atau tidak, sudah sudahlah menyusahkan barisan hadapan negara terutama yang bertugas untuk memutuskan rantaian ni ! Kalau ada hal penting nak keluar, patuhi jer SOP yang ditetapkan. Bukan takut tapi nak elakkan masalah buat anda dan juga orang sekeliling ! 

Ok.. Bagi mereka yang dah pernah menikmati juadah di Lubook MakanKing Viral ni, mesti akan terliur melihat menu menu mereka kan ? Haaa... Yer, betul ! Termasuk aku juga la. Hehehe.. Anak anak aku, peminat ayam masak rempah mereka. Pedas tapi sedap. Bukan pedas yang bikin mencari air tau tapi pedas nak makan lagi !

Menu apa yang ada ketika PKP ni. Buat pengetahuan korang , menu di situ akan berubah ikut keadaan dan kesesuaian. Whatsapp terus pun lebih baik jika nak tau menu menu 'terlaris'  untuk hari itu. Yang nak diceritakan ni, menu menu yang wajib ada la... Tu pun kalau 'masih ada' la.. Cepat abis ! Heheeee.. 

Jom tengok sapa yang terliur ! Heee... Antaranya ialah Nasi Set , Nasi Set Gulai Daging Kawah , Gulai Masak Hitam , Sup Keting , Asam Pedas , Kari Kepala Ikan , Masak Lomak Siput Sedut, Kerabu , Sambal Terung Bersama Crunchy dan banyak lagi la.. Whatsapp je terus pada tokey Lubook MakanKing Viral. Nanti dia kasi tau apa ada dan yang pasti sodap sodap belaka  ! 

Oh ya.. kalau malas nak order online , gi je terus ke kedainya. Tapau jer ! No makan makan situ yer. Heheee.. Dan sila beratur sebelum nak memilih lauk pauk yang ada. Tolong buat penjarakan yer. Jangan nak himpit himpit lak. Kang , nayaaaa ! Haaa !! 

















Untuk tempahan, boleh Whatsapp dulu yer.. Sila Whatsapp ke Wasap.my/60172861447 ( Puan Wia ). Nanti dia kasi tau apa menu sodappp  yang ada untuk hari tu.. Oh ya , lokasi di Sepang  dan sekitarnya yer.



You May Also Like

3 comments