Maka bermulalah kembali PKP di Selangor.

by - Rabu, Mei 05, 2021

Seperti dijangka dan diharapkan. Nasib baik aku dah 'cutikan' anak anak aku dari minggu lepas. Ikut pengalaman aku , kalau ada kes Covid 19 di sekolah.. ianya akan mula berantai..mula beranak pinak ! Lebih baik cegah sebelum parah. Gitulah. Nak salahkan pihak pentadbiran sekolah , tak patutlah. Mereka pun mesti rujuk pada Pejabat Pendidikan Daerah , seterusnya negeri sebelum ke Kementerian. Gitulah prosedurnya. Sementara nak tunggu arahan... baik aku amik tindakan lebih awal dan ramai lagi ibu bapa berbuat begitu.. 

Akhirnya... Alhamdulillah. Moga rantaian terputus selepas raya ni ! Sian anak anak kita.. kan , kan ?

Seperti kita semua tau... Semalam Menteri KDN dah umumkan PKP mengikut daerah di setiap negeri. Rasanya Perlis je kot tak terlibat. Hee... Bagus rakyat Perlis ni. Good job beteh ! Cuma kali ni , PKP mengikut daerah tidaklah begitu ketat sampai tak leh bernafas. Jika gym masih boleh beroperasi maka oklah kan ? Heeee.. 

Cuma.. apakah rantaian mampu diputuskan dengan cara begini ? Berbanding PKP 1.0 yang begitu tegas.. memang kes terus cecah 0 ! Tapi itulah... bila dah cecah kosong.. dibuka pula pintu sempadan ! Kalau yang masuk tu dari negara yang kesnya rendah dan terkawal , ok la.. Ni pulak yang masuk.. hurm... Naya naya.. 


Yer.. dah dijangka. Berhari raya bersama keluarga tersayang , seperti tahun lepas. Tapi aku tetap beryukurlah. Daripada takda berhari raya atau keras di dalam rumah tanpa boleh keluar sama sekali.. lagi teruk kan ?

Bagi mengembalikan mood raya seperti zaman dulu dulu.. aku beli buku komik kegemaran aku satu ketika dulu. Huhuhu.. Lama betul tak baca Ujang ni. Korang baca lagi tak ? Ke dah tak follow ? Menarik gak kandungan dan lawak diorang. 



Anak anak.. layan bunga api. Tu je la memasing boleh buat. Esok dah tak boleh rentas daerah. Nak gi umah tok diorang kat Cheras pun tak leh dah. Huhuhu.. Nasib baik ari tu dah gi beberapa kali. Berbuka puasa sama. Aku pun dah sempat hulur duit raya buat mak aku. Alhamdulillah..

 

You May Also Like

0 comments