Contoh resume yang bagus 2021 .

by - Mei 15, 2021

Kali terakhir aku guna resume untuk mencari kerja ialah.. er, 12 tahun lepas. Pergh.. lama kan ? Selepas tu, aku tak guna dah resume.. hehee.. aku guna Profile jer.. Kasi pada client yang nak guna khidmat aku sebagai blogger. Haa , cari makan dalam dunia media sosial lak. Alhamdulillah, rezeki sampai sekarang. Dan inshaAllah , nak bertahan untuk 10 tahun lagi. Kena kerja keras.. anak anak kecik lagi.. Huhu.. Kang orang kata, kita makan duit bini lak ! Hahahaha.. 

Ok ok.. Nah.. bagi mereka yang baru abis belajar.. tak kira la peringkat mana sekali pun , nak kena kena antar surat dulu kan ? Haaa.. surat cover satu hal.. resume satu hal ! Ada yang dah pandai , ok la. Ada yang tiru kawan punya.. Caca marba ! Ada yang tak reti langsung. Siap google cari template dan edit jer. Ikut je la mana mana korang suka.. 

Tadi, aku ternampak la kat Twitter. Nah, bagi mereka yang takda idea.. kering idea atau tak tau nak buat resume... boleh tempah terus je ! RM10 katanya untuk satu template. Ok la kot , kan ? Ada yang kata company yang dia pohon tu terus jatuh cinta lepas tengok resume dia yang kemas lagi cun tu ! Untunglah nak oiiii ! Zaman sekarang ni.. susah cari kerja. Dapat tu, jaga la elok elok yer.. 

Haa.. kalau korang berkenan dengan template resume kat bawah ni, boleh terus contact mereka kat Twitter atau Instagram ye nak... Abang Ben tolong jer ni.. Auww.. Abang gitu. Hahahaha... 

Twitter : WorknCo #ResumeMurah






Nah.. sedikit tambahan yer nak.. Hehehe.. Kalau dah tau , bagus la. Kalau tak tau , abang Ben nak kasi sedikit tips menulis resume yang baik. Ni pun jumpa kat blog lain. Sekadar kongsikan je. Mana tau bermanfaat.. kan kan ? Bagus perkongsian dari blog tu.. 

Maaf la yer.. Terpaksa 'pinjam' dan olah semula. Bukan apa.. ada orang malas nak klik dan baca kat blog lain. Dia nak baca terus kat sini alang alang dah jumpa. Kan kan ? Nanti aku bagitau sumber mana. Bagus blognya. Banyak perkongsian ilmu kat sana.. Sementara tu, kita baca dulu yer.. Aku pun tak tau gak ni. Baru tau tips tips menulis resume yang baik. Mana la tau kot kot boleh guna buat resume untuk mohon bini no 2 lak.. Sapa tauuu, kan kan ?
  1. Pastikan resume korang tu menggunakan font yang profesional seperti Sans Serif fonts, Tahoma, Arial, Helvetica, Arial, Trebuchet MS ataupun Geneva.
  2. Gunakan jer font bersize antara 10 hingga 12
  3. Jangan terlalu rapat untuk setiap baris ayat. Maksudnya, jarak. Social distancing
  4. Tumpukan lebih banyak untuk senarai pengalaman kerja korang sebelum ini seperti kemahiran yang dimiliki, pencapaian tertinggi korang setakat ini. Itu antara elemen-eleman yang diperhatikan terlebih dahulu oleh bakal majikan. Nasihat , carilah kerja apa apa dulu sementara nak dapat kerja yang bagus. Diorang suka pekerja yang rajin. Bukan duduk rumah makan tidur jer. Eh, membebel lak aku.
  5. Senaraikan tahap pendidikan korang dari keputusan SPM sehingga pengajian tertinggi. Tadika , kalau dapat best student, masukkan la. Tapi diorang tak tanya pun sebenarnya part tadika tu. Lebih baik , tak yah masukkan. 
  6. Buat resume ringkas tetapi padat sehingga sekali bakal majikan tu sekali tengok jer terus jatuh cinta ! Maksudnya, dia akan terus membelek selama beberapa saat. Samada dipertimbangkan atau tidak terpulang kepada ‘kualiti’ kandungan resume itu sendiri
  7. Cukup sekadar  korang letakkan nama, jawatan serta nombor telefon yang perlu dihubungi untuk tujuan penegsahan segala maklumat berkaitan yang korang tulis pada resume tersebut.
Gitulah katanya. Tapi ada kawan aku la kan.. Dia masukkan sekali media sosial dia. Seperti blog , Facebook dan Instagram. Bukan apa.. kalau jawatan yang dia pohon tu berkaitan dengan dunia media sosial atau internet . mungkin membantu. Cuma kena pastikan betul betul la. Bukan apa.. ada juga company tak nak bakal pekerja dia abiskan masa dok main Tik Tok atau berselfie. Hati hati gak la yer. 

Nah.. ini part menarik... Kenapa resume korang ditolak ? Haaaaa.. bagus juga point point yang dia kasi ni. Jom tengok... aku copy paste jer ye ! 
  1. Korang tidak senarai skill (kemahiran) yang korang miliki untuk ditawarkan di tempat kerja baru tu. Nasihat.. banyakkan skill lepas abis sekolah yer. Selain dari abiskan masa dengan selfie dan berTikTok.
  2. Resume cukup sekadar 2 muka surat. Jikalau berjela-jela sehingga ada 3 muka surat dan lebih pastinya resume korangtidak dilayan. Ini kerana anda kena faham, bukan resume korang sahaja di atas meja. Haa, jangan buat tesis lak ! Bosan nak baca. Jangan pendek lak. Nampak sangat baru keluar dari perut ibu. Haaa, kena pandai pandai la dapatkan ilmu dan pengalaman dunia yer. Jangan abiskan masa dengan tidur , selepas abis belajar. 
  3. Alamat yang diberikan sangat kebudak-budakan dan tidak profesional ataupun menggunakan nam samaran. Cam aku la.. Takkan nak guna nama Sir Ben Ashaari kan ? Mau gak dia tertelan air kopi masa baca tu nanti. 
  4. Tidak boleh ada kesilapan tatabahasa mahupun ejaaan. Jangan gunakan bahasa dak dak wicet ! Nayooo weh... Aku tengok pun geli ! Hahahah..
Gitulah nak.. Kalau korang nak baca lagi, boleh gi tengok kat MyPT3 . Banyak perkongsian berguna dari dia. Aku kongsikan je alang alang dah nampak kat Twitter tadi. Kot kot berguna untuk anak anak atau diri sendiri, kan ? 

You May Also Like

1 comments