Kenapa akaun aku Facebook disekat ?

by - Mei 07, 2021

Gara-gara post satu video pasal Covid 19 di India , Mark Zukenbek suruh krew dia kat pejabat tu , sekat akaun Facebook aku..untuk kali ke berapa tah.. tapi untuk tahun ni , kali 2 la. Huhuh.. Makin tah hapa hapa tah mamat ni. Boring la tu kat pejabat. Huhhh ! 

Salah aku gak sebenarnya. Aku pun tak check betul betul pasal video tu. Rasanya video tu pernah viral satu ketika dulu dan dikatakan punca dari Covid 19. Tapi seingat aku, kes sebenarnya adalah dari kebocoran gas. Gitulah.. Entah betul atau tidak... Allah saja yang mengetahuinya. 

Bila dah kena blocked.. aku apa lagi.. ternganga la ! Dah la ada banyak kerja minggu ni yang memerlukan aku buat posting di Facebook.. boleh pulak dia sekat ! 7 hari lak tu. Sebelum ni pun kena sekat 3 hari.. dah mengelupur aku dibuatnya. Grrr.. 



Kalau nak ikutkan , aku bakal 'dilepaskan' dari kuarantin pada hari raya nanti. Tengahari ! Harapnya la.. Hari Khamis kan raya ? Sempat la aku post memohon ampun dan maaf gitu kat korang. Hahahaa.. Dan buat sementara tu, aku boleh la mengelakkan diri dari mengumpul dosa di Facebook. Hahaha.. Dah la sekarang ni banyak isu panas.. Huhuh.. Gatal sungguh jari jemari nak buat posting. 

Buat sementara ni.. aku aktif kat Instagram dan Twitter la yer. Tengok la.. kalau rajin , aku buat TikTok. Hahahaha.. Rasanya tak rajin la. Heee.. Oh ya.. kalau korang kena sekat, sila redha jer la. Tak payah nak kirim surat rayuan gitu. Takkan dilayan la. Melainkan korang punya rayuan tu ada alasan kukuh..boleh la cuba.. Semoga berjaya. 

Dan aku.. hahaha... gitulah. Nganga je la tengok korang berbalas komen dan Like kat FB tu. Huhuh..

You May Also Like

1 comments

  1. Padan laa tak nampak post apa2 kat fb.😅

    BalasPadam