Percaya atau tidak , kena percaya juga !

by - Mei 18, 2021


Jenuh gini ! Haishh... Nak kata apa dah. Tunggu masa je untuk full lockdown seperti PKP 1.0 dulu. Duduk rumah sebulan dua. Masa tu rantaian benar benar putus. Tapi impak pada negara sangatlah tinggi. Pastinya mereka yang berniaga sendiri , bekerja sendiri akan terkesan sangat sangat. Nak buat camana lagi dah ? Masing masing dengan kepala sendiri. Cakap la camana pun.. ada je jawapan ! 

Adakah kita tewas dalam peperangan melawan Covid 19 ni ? Bagi aku.. punca ketewasan bukanlah sikap degil rakyat tapi sikap ego, tamak, sombong adalah punca utama ! Kenapa aku kata gitu ? Korang pun tau. Aku malas nak ulas. Kang ulas lebih lebih , aku kena kaut lak. Negara ni khas untuk golongan begini je. Yang macam aku ni, sekadar orang biasa biasa jer..

Sekarang katanya hospital dalam keadaan kritikal. Masing masing kena jaga diri sendiri sekarang. Elak dari sakit. Anak anak aku nak mandi kolam depan rumah pun aku tak kasi. Sebab tau, jika mereka mandi kolam.. akan mula selsema dan seterusnya demam ! Haish... Tak pasal pasal je nanti. 



Aku pun gitu gak. Nak keluar gi mana mana.. Nak borak ngan jiran dah jadi fobia. Kena borak jauh jauh dan elak dari bersentuhan. Bukan takut kena jangkitan tapi takut terbabit dalam rantaian ! Tak pasal pasal MySejahtera nanti keluar amaran dan tak boleh nak masuk mana mana premis. Pastu nak kena gi swab test. Semua tu makan masa dan duit ! 

Gitulah.. Perang ni bukan ada gencatan senjata ! Selagi kita takda ubat.. walaupun ada vaksin , kita masih belum selamat.  Buat masa ni , ikut je la saranan KKM. Takda pilihan.  

You May Also Like

3 comments

  1. Sekarang ni masing-masing kena perang dengan diri masing-masing. Perang dengan ego. paling penting empati dengan orang lain yang sungguh-sungguh ikut arahan dan patuh SOP.

    BalasPadam
  2. betul kat hospital katil penuh..adik ipar baru pas bersalin die bg kluar cepat sebab katil penuh..tu pun aritu bagi dok dlm bilik vip

    BalasPadam