Kes Covid-19 di Selangor seperti tiada kesudahan !

by - Ahad, Mei 16, 2021

Kepadatan penduduk adalah masalah utama ? Hurm... Aku tak rasa tu saja alasannya. Yang aku nampak la masalah utama ialah masing masing rasa kebal. Ditambah lagi dengan beberapa golongan seperti golongan tidak percaya  aka semua ini adalah agenda , golongan kayangan , golongan kebal , golongan berani mati dan golongan buta hati ! 

Tak perlu nak huraikan la golongan golongan ni. Korang pun boleh nampak mereka ni hari hari. Samada offline mahupun online. Ada je kat mana mana. Rasanya , dalam tempoh seminggu dua ni , kes akan lebih tinggi. Kesian buat frontliners kita. Mereka yang ingkar ni senang jer.. Bila positif , gi duduk kat pusat Covid 19 dan 'berehat' kat sana. Percuma. Makan minum semua tanggung. Free kan ? Cuba suh bayar ! Eh, nanti kata pulak kerajaan nak buat income. Haihh... 

Semalam , baca di Telegram Covid 19 Malaysia... kes di Selangor mencatatkan 'kutipan' tertinggi. Hurm.. seperti biasa lak kan ! Lebih 1500 orang positif ! Saringan pun tinggi. Huhuh.. Boleh dikatakan setiap tempat ada saringan percuma. Mereka digalakkan buat saringan. Cuma masalahnya , apakah yang berlaku pada orang yang gi buat saringan tu.. selepas buat saringan ? Balik kuarantin diri atau gi jenjalan ? Huhuh... 



Di Twitter pulak.. macam macam cerita dan perkongsian pengalaman mereka yang dijangkiti Covid 19 ni. Ada yang menyesal. Ada yang luah rasa. Eh, macam macam la. Cuma peliknya... keinsafan tu datang seketika je. Huhuh..  

Aidilfitri dah masuk hari ke 4.. dari hari pertama hingga 3 ,  berapa ramai yang ingkar SOP ? Ada video tular mamat Bangla buat open house sesama mereka. Satu je aku nak tanya.. Puak puak Bangla ni, sapa yang pantau mereka ? Haih..



Terbaca hari tu.. saranan Dr. Musa.. Aku sokong. Menteri menteri dah patut letak jawatan. Kegagalan  mengawal pandemik gelombang ke 3 ni ketara. Menyedihkan. Rakyat pun dah muak. Ditambah dengan kes kes ' kayangan'.. menambahkan lagi kesedihan buat mereka yang ikut SOP dari awal lagi.. mungkin dah mula letih nak ikut SOP... Tapi nasihat aku, kita terus je la ikut demi kesihatan, keselamatan kita dan juga ahli keluarga kita. 

Apakah kita nak beratur panjang macam di bawah ni ? Bayangkan jika sekeluarga kita kena. Terpisah dengan anak anak. Jika mereka pulak yang positif ? Bergejala ? Hurm...



Jaga diri.. Jaga SOP ! Tindakan kita mungkin menyelamatkan nyawa kita sendiri... dan juga orang lain ! 

You May Also Like

1 comments