Seminar Impak Maksimum untuk Tahun 5 dan 6, 2021

by - Mei 19, 2021

PKP datang lagi. Seperti yang dijangka. Kesian tengok anak anak. Walaupun mereka gembira dapat duduk rumah tapi realitinya kita sebagai ibu bapa ni saja yang tahu betapa banyaknya mereka ketinggalan. Bukan saja ilmu tapi juga kesan pada pembesaran mereka untuk jangka panjang. Tiada kawan kawan melainkan adik beradik di rumah saja. 

Bab pembelajaran, walaupun pihak Kementerian Pendidikan dah bagitau pembelajaran dilakukan secara online (PdPR) tapi itu belum tentu cukup. Aku fahami masalah cikgu cikgu. Bukan mudah. Walaupun dah setahun kita lalui pandemik ini , kita belum ada kaedah lebih baik buat masa ini. Nak tak nak, kena terima. Dan kita sebagai ibu bapa kena turut membantu anak anak dalam memastikan mereka mendapat didikan yang sewajarnya. 

Qhaliff dan Zahra... Dari awal tahun aku dah amikkan kelas tambahan online bersama Fly High Training Centre . Walaupun tiada lagi UPSR tapi aku tetap kena pastikan mereka tidak keciciran. Tu baru tahun 1 dan 3. Bagaimana pula mereka yang di Tahun 5 dan 6 ? Nak masuk ke sekolah menengah tanpa mengetahui kemampuan mereka ? Cikgu yang ajar tu mungkin tahu tapi ibu bapa camana pulak ? 



Nah , bagi mereka yang ada anak di Tahun 5 dan 6.. bolehlah sertai Seminar Impak Maksimum dari FlyHigh Training Centre ni.  Seramai 4 orang guru cemerlang yang bakal menurunkan ilmu ilmu mereka. Mata pelajaran yang akan terlibat ialah B.Melayu, B. Inggeris, Matematik dan juga Sains.

SEMINAR IMPAK MAKSIMUM TAHUN 5 dan 6 2021


Mata Pelajaran / Subjek : BM • BI • MATEMATIK • SAINS (Serendah RM50 per subject)

Tenaga Pengajar :  GB Shahril . Sir Hazwan , Cikgu Bob dan Cikgu Shukry Supaat

Fokus : Teras PBD dan DKSP serta Persediaan Awal ke Sekolah Menengah dan Ke  Sekolah Khusus (SBP & MRSM) dan juga 'Wrap up' sessi Sekolah Rendah

Yuran penyertaan  : RM200 (Online) bagi setiap sesi Bengkel  yang berlangsung selama 2 hari dan merangkumi 4 subjek per sesi. Terhad kepada 100 orang sahaja melalui online.

📚SESI 1

Tarikh : 29 & 30 MEI 2021
Aplikasi :  ZOOM Meeting (berubah atas faktor perlaksanaan PKP)


Jadual Waktu
Hari :  Sabtu & Ahad
Masa : 8.00am - 2.30pm

______________________

SABTU
Subjek :  Bahasa Melayu
Masa : 8.00am - 11.00am

Subjek : Matematik
Masa : 11.30am - 2.30pm

______________________

AHAD
Subjek :  Bahasa Inggeris
Masa : 8.00am - 11.00am

Subjek  Sains
Masa 11.30am - 2.30pm

_____________________

Tarikh Bengkel

1) Sesi 1 - 29 & 30 Mei 2021 (Online)
2) Sesi 2 - 03 & 04 Julai 2021
3) Sesi 3 - 28 & 29 Ogos 2021
4) Sesi 4 - 25 & 26 Sept 2021

Yuran Penyertaan : RM200 per session bagi kelas online
(2 hari/4 subject) 


Untuk maklumat lanjut seperti  Pertanyaan & Penyertaan :


Manfaatkan kerana anak anak kita memerlukannya seperti kita memerlukannya satu ketika dulu. Berikan yang terbaik , dengan yang terbaik ! Semoga bermanfaat ! 





You May Also Like

3 comments

  1. Tgk cikgu² ni bertauliah dan terlatih rupanya ya, ramai kwn² sharing yg sama dgn cikgu² ni semua. Menarik seminar👍

    BalasPadam
  2. Menarik ni Ben. Berbaloi2 kalau join sebab tgk la ahli panel pon bagus2 san berpengalaman luas dalam bidang masing2..

    BalasPadam
  3. bagus ada seminar online untuk anak2

    BalasPadam