Seperti dijangka aku , kita berPKP untuk kali ke 3 !

by - Selasa, Mei 11, 2021

Kes Covid 19 di Selangor seperti tak ingin berakhir. Macam yoyo tapi tetap tinggi ! Tapi puncanya, semua orang tau dari mana ! Tak tau la apa kerajaan pusat dan kerajaan negeri punya pelan perancangan untuk membendung selain dok PKPD di kawasan terbabit. Merah saja di kawasan tu. Tak nampak sinar cahaya kehijauan di situ. Kluster demi kluster !


Dan aku jangkaan aku tepat akhirnya... meletus ! Terutama selepas kes rentas negeri ketika cuti sekolah baru baru ni. Ada puak puak degil yang balik ke kampung atau ada yang dari kampung ke bandar telah mencetuskan gelombang baru dalam negara ! Degil bebenar. Tak paham aku. Menyusahkan sungguh. Yang nak gi kenduri satu hal.. yang sibuk kononnya nak balik kampung tengok mak ayah satu hal.. tapi tengok mak ayah kejap je.. selebihnya merayau sana sini ! Huhhh..

Kesannya ? Nah.. kali ni kita beraya dalam rumah jer ! Tapi la kan.. Kalau kes tak tinggi sekali pun, aku tak rasa kerajaan akan bukak pintu sempadan negeri. Kenapa ? Tahap disiplin mematuhi SOP masih rendah ! Aku, kau.. mereka.. sama jer ! Kita sendiri tau la. Nampak. Di tempat kerja. Di restoran. Di dalam gym.. ketika beriadah. Nampak masih ramai gagal nak mematuhi SOP yang disarankan dan diwajibkan kerajaan. Masing masing dok anggap diri tu kebal ! Kebal satu hal.. yang anggap Covid 19 ni satu penipuan pun satu hal. Penat aihhh. 


Yeay... awal April dulu.. katanya PALSU ! Takleh rentas daerah tu , tipu katanya. Aku mampu gelak je la. Sebab dah nampak pun raya kena duduk rumah. Jika dibenarkan beraya.. perghhhh ! Boleh bayangkan insan insan yang bakal bersalaman.. berpelukan... tanpa hirau SOP ! Bagi puak ni, sakit nanti... masuk je la wad. Frontliners kan ada. Apa susah. Tak pun.. makan je habbatussauda. InshaAllah sihat. Tapi diorang terlupa... rantaian yang bakal terhasil. Orang orang tua yang bakal masuk ke ICU. Mereka yang ada penyakit kronik bakal terkesan dalam tak sedar ! Aduh.. menakutkan ! 

Keadaan dah tak sama seperti dulu. Lagu lagu raya yang kita dengar sekarang ni.. bakal jadi kenangan terindah sewaktu kita kecil dulu.. sewaktu kita remaja dulu.. Sekarang, dah lain. Nak raya sebulan pun dah tak mungkin untuk beberapa tahun. Aku jangka , sehingga 2025 ! Melainkan rakyat Malaysia terutamanya... kembali berdisiplin seperti rakyat New Zealand. Oh dan juga ahli politik kita la.. Jika mereka punya otak yang sihat , inshaAllah Malaysia bakal 'beraya' lagi. 


PKP sehingga abis raya sebulan. Tiada lagi 'open house'. Tiada lagi kunjung mengunjung. Dan tiada lagi pembaziran makanan ! Yang ni aku bersyukur sangat. Huhuh.. Dan tiada lagi shopping raya beribu ringgit. Banyak jimat. Boleh dah simpan duit untuk beli emas ni. Huhu.. 

Bila baca kat media sosial.. cubaan cubaan merentas negeri berlaku.. aku geleng kepala. Spesis beginilah yang bikin kes merebak di dalam komuniti. Yer.. aku tau.. Rindu mak ayah. Tapi apa guna kita balik ke kampung.. dalam keadaan tidak tenang. Tak tau apa yang kita bawa pulang untuk mereka. Terpaksa tunggu 2 minggu untuk pastikan mereka 'selamat' dari virus. Dan kita lak, bila balik.. sah sah tak duduk diam dalam rumah. Merayau sana sini pulak. Huhuh.. 

Bila kes naik.. yang terkesan ialah mereka yang nak teruskan kehidupan dengan kais pagi makan pagi ni. Anak anak yang mencari ilmu pengetahuan. Mereka yang tak tau lagi camana masa hadapan mereka.  

Bantulah frontliners kita.. bantulah negara kita. Pulihkan kembali negara kita. Kemudian, kita berayalah sepuashati kita. Bila ? Segalanya terpulang pada kita sendiri. 


Dan aku.. Tengahari di Syawal pertama , baru boleh aku 'beraya' ! Huhuh.. Baru boleh post mintak ampun dan maaf pada kawan kawan di Facebook ! Ni gara gara video Covid 19 kat India tu la punya pasal. Rasanya sebelum ni pun pernah post video tu ! Hahahah.. Dah post, baru teringat. Tapi sayangnya.. sudah terlambat ! Mak Zukenbek dah sekat aku. Cepat tul dia. Hanat tul ! 

Tak pe la... aku berPKP la dulu buat 2-3 hari ni di Facebook. Huhuh... Mampu baca posting kawan kawan. Like tak leh.. komen pun tak leh. 

You May Also Like

4 comments