Akhirnya , Dual Recording pada Samsung Galaxy Note 20 Ultra 5G !

by - Selasa, Mei 11, 2021


Saja aku test update software semalam. Memang lama dah aku mengharapkan ada  Dual Recording ni pada Samsung Galaxy Note 20 Ultra aku ni. Sebelum ni hanya Samsung Galaxy S21 jer yag ada. Huhuh.. Telan air liur je tengok kengkawan amik video dengan mode Dual camera ni. Cam syok lak. Hahahaha.. 

Dan semalam , jadi kenyataan. Kalau tak ada tu, memang aku plan nak tukar phone jer. Eh.. hahaha.. Ada gak kena jeling ngan wife nanti. Apa nak buat..kan ? Dah memang gini kehidupan seorang insan yang bergelumang dengan teknologi. Tak de la nak kejar sangat tapi kena la uptodate gitu. Bukan apa.. nanti kata kita blogger cincau je .. Ha ! Tak syok ar.. 

Ok tak alasan gitu ? Hahaha.. Apa pun.. nanti nak test power ketika jogging sorang diri. Sambil jogging, boleh bebel. Atau memandu. Nak amik anak balik sekolah , dah tak boleh. Tak tau bila la pulak sekolah nak buka. Huhuh.. 

Kualiti , nampak cam best. Belum try upload kat Instagram lagi ni. Nak try upload tanpa edit dulu. Tengok camana impak dia. Aku malas nak edit edit ni. Biar nampak 'bodoh' skit video tu. Baru gempak. Hehehe.. Walhal malas. Huhuh.. Apa pun..TQ la Samsung sebab kasi update latest software ni. Samsung memang rajin update. Lalalaaa..

You May Also Like

0 comments