Jom gi beraya !!!

by - Ahad, Mei 09, 2021

Tak kira ! Nak gi beraya gak walaupun tak leh rentas daerah apatah lagi negeri ! Janji beraya ! Dapat gi umah kawan kawan terdekat.. jiran tetangga ke. Ok dah ! Nak kasi ada feel raya tu ! Huhuh.. Kan kan ? Baru best walaupun tak sebest beraya di kampung. 


Boleh.. gi la beraya ! Tapi ingatlah yer.. Covid 19 ni , ada yang tidak bergejala. Kita nampak sihat jer. Tapi rupa-rupanya ada virus dalam badan kita. Dan ianya berkemampuan untuk menjangkiti orang lain seterusnya memberi kesan mudarat pada mereka. Kita bakal dipersalahkan ! Takkan kita nak mintak maaf jer ??? Walhal kita dah diberitahu berkali kali... Jangan ! Jangan dan Jangan ! 

Kalau kes dalam negara rendah sekali pun , belum tentu kita mampu gi beraya. Melainkan kita berjaya mematuhi SOP dgn sebaiknya. Tapi sayangnya.. walaupun kes Covid 19 , SIFAR.. ramai yang degil.. engkar dalam mematuhi SOP. Dia rasa dia kebal... dia rasa dia sihat. Tapi hakikatnya, dia tau dia mampu dijangkiti dan menjangkiti. 


Pelbagai cerita frontliners dalam minggu ni kita dengar dan baca. Mereka dah penat. Mereka dah lesu. Mereka pun perlu berehat Mereka pun ada keluarga untuk dilindungi. Tapi mereka memilih untuk melindungi kita semua tapi kita sibuk pikir nak beraya ? Hurm..

Kita kena tau.. keadaan tak sama seperti sebelum Covid 19 ni. Entah berapa tahun kita kena hadapi semua ini. Ini ibarat perang dunia. Kita kena hadapi sendiri. Setiap negara berperang ! Ada negara sudah berjaya kerana kerajaan dan rakyat mereka berdisiplin. Kita dah hampir berjaya.. hampir ! Jika kita pernah lakukan hampiri kejayaan.. tidak mustahil kita mampu lakukan.. sekali lagi !


Duduk rumah... duduk rumah.. Kita sama sama putuskan rantaian ! Kita kena putuskan rantaian... Kita kena cuba lagi dan terus mencuba ! Kalau bukan untuk kita.. lakukan untuk anak anak demi masa depan mereka. 

You May Also Like

1 comments