Elakkan kluster raya. Shooping online jer !

by - Ahad, Mei 02, 2021

Awalnya.. aku ingatkan hanya tak boleh rentas daerah je masa raya nanti tapi terbaru yang aku dengar, beberapa negeri bakal berPKP. Bila nak diumumkan tu.. aku tak tau la. Perancangan, hari ke 2 raya , nak cari hotel.. lepak kat hotel je. Huhuh.. Anak anak nak mandi kolam gitu. 

Tapi nampak gayanya... cam.. Hurm. Jika benar, camana pula mereka yang dah bersungguh membeli belah persediaan untuk berhari raya ? Er.. aku takda la beria sangat cuma aku dah beli siap siap secara online je. Hahaha.. Awal awal lagi aku dah cuci mata dan pilih apa aku nak. Caria yang murah dan berkualiti.

Kenapa online je ? Seperti yang aku jangkakan , shopping mall meriah ! Macam takda apa yang merisaukan mereka pun.. Aku pun memang ke mall gak tapi pagi pagi la. Dalam 10 pagi tu, dah terpacak. Jam 12 tengahari.. atau sebelum ramai orang.. aku balik dah ! Anak anak pun ikut sama la. Aku bawak sebab tak nak kasi diorang stress kat rumah. Sian diorang terperap kat rumah. Kang kita tak perasan diorang memberontak dalam senyap. Tapi bila bawak tu, hati hati la. Ikut SOP ! Dan paling penting, jauhkan dari orang ramai. Gi tempat yang tak ramai.. dah ! 

Masuk minggu terakhir Ramadan.. ibukota dibanjiri. Begitu juga tempat tempat pilihan ramai ! Dengar kata harga runtuh sana sini. Masing masing turun membawa keluarga tersayang. Cari barangan yang diinginkan.. Huhuh.. Tak leh nak kata apa.. diorang punya alasan tersendiri.. gitu gak aku. 


Lazada pilihan aku. Baju dari jenama Incerun dan seluar , aku borong ! Hahahaa.. Seingat aku, kali terakhir aku beli seluar macam kain Incerun ni , kat Putrajaya. Bazaar Ramadan. Harga, RM80. Sekali kat Lazada.. baru RM30 ! Aduh laaaa.. murah ! Walaupun kena tunggu dari China... seminggu gak la tapi berbaloi ! 

Bukan seluar je.. baju pun aku beli berpasang pasang. Kain lembut Tak rimas. Yang bukan jenama Incerun pun ada. Tengok menarik cutting dan harga... beli terus. Aku malas dah nak beli kat mall. Harga kat mall tu.. gulp ! Di luar kemampuan aku. Hahahaha.. Anak anak je aku belikan. 

Kasut.. aku beli gak online. Baru ni beli Larrie. Tu direct dari seller di Malaysia. Cepat skit sampai. Kualiti , tip top la. Selesa dan cantik. Puashati la. Walaupun kena tunggu berhari , tapi ianya mengajar aku untuk bersabar. Di samping  tu aku dapat belajar memilih dan mencari yang berbaloi.Tapi kena berhati hati juga la yer.






Apa pun alasan kita untuk 'berhari raya' , mintak la kita utamakan yang tersayang. Banyak kes melibatkan anak anak dah sekarang. Dan perlu tahu, jika kuman tu dah masuk dalam badan.. bukan sehari dua dia akan keluar semula... 

Semoga Allah lindungi kita semua.

You May Also Like

1 comments

  1. Risau juga. Dengar cerita jiran-jiran dan adik-adik di kampung, ada beberapa sekolah teraksa ditutup kerana pelajar yang positif. Allahu.

    BalasPadam