Tidur selepas sahur dan bersenam waktu malam.. bagus ke tidak ?

by - April 20, 2021




Termenung ! Ni kalau wife aku tonton ni.. mesti dia senyum dan berkata.. 

" Kan dah kata... tak nak dengar ! " 

Adoilah... kenapa la aku dengar sambil memandu ketika ke gym ! Terus mati mood nak masuk gym. Rasa nak balik terus pun ada. Hahahaha... Tapi aku kuatkan semangat. Masuk juga ke gym. Alang alang dah depan gym kan.. Hahahah.. 

Tapi hari hari mendatang camana ? 

Alaa.... dah tu camana ? Er... apa kes ? Bukan masalah tidur selepas sahur tapi bersenam di sebelah malam tu yang jadi masalah sebenarnya ! Bila aku tonton video Dr.Roland ni , memang benar katanya. Walaupun sebelum ni aku kurang nak ikut sangat kata dia.. tapi yang ni aku tak leh nak tolak tepi sama sekali. Memang banyak kebenaran dia. Huhuhu. 

Er.. aku tidur selepas sahur ? Tak la...Aku jarang sangat nak tidur selepas sahur kecuali hari Sabtu atau Ahad. Hari lain tu, lepas sahur.. memang aku uruskan si Qhaliff untuk pergi ke sekolah. Ini cerita pada bulan Ramadan yer. Kalau bulan biasa tu, Sabtu Ahad.. terus gi gym aku lepas Subuh.. Huhuh.. 

Yang jadi isunya ialah... gi gym sebelah malam. Kalau bulan biasa tu.. aku akan pergi selepas Maghrib. Kalau Ramadan ni selepas selesai Tarawikh.  Dan akan abis dalam jam 11 lebih gitu. Malam ! Hahahaha.. Dan balik rumah.. siap mandi bagai.. Dah jam 12 malam. Huhuh.. Jam 2 pagi baru dapat tidur ! Yelah.. dok segar lagi. Bila dah bangun pagi jam 5 tu.. mesti tak cukup rehat kan ? Walaupun aku curi tidur jam 8 pagi hingga 9 gitu.. tapi tetap tak sama ! Kenapa ? Tuuu.. Dr.Roland kata body akan stress ! 

Body akan stress  kata Doc Roland ? Huhuh.. Patutlah tekanan darah naik. Aku pelik gak kenapa boleh naik sedangkan aku dah jaga makan.. aku dah bersenam.. tapi tekanan darah naik ! Alahai... dah tau punca dah ni ! 

Sejujurnya.. ketika PKP 2.0 ari tu.. jadual tidur aku dah betul. Workout siang hari. Malam tidur jam 10... memang terasa segar dan bijak orangnya aku ni. Hahahaha.. Tak stress dan cepat naik angin. Huhuh.. Apakah sebab ini sebenarnya ? 



Selepas ni camana ? Apakah aku perlu ubah gaya hidup ? Kembali hidup seperti orang normal demi kesihatan atau... 

Hurm... 

You May Also Like

2 comments

  1. Allah hai! Terciduk pulak. Terpaksalah kawan tukar waktu exercise lepas Subuh. Cuma tak pasti mampu ke tidak je ni.

    BalasPadam