Nak gi ke tak rumah mak aku , raya ni ?

by - Ahad, April 25, 2021

Dah pulak... macam tahun lepas dah ni ! Hahahaa... Memang dah dijangkakan pun. Kita pun kena faham je gak la. Mereka jalankan tugas. Nak kata lebih lebih , nanti diberi kata dua lak.." Nak kerja atau nak berhenti kerja ? ". Sian lak kan ? Diorang pun ada keluarga juga. 

Kalau nak tuding jari.. tuding pada mereka yang hari tu sibuk rentas negeri , balik ke kampung tu ha ! Entah camana mereka dapat rentas negeri pun pelik la. Walhal dikatakan setiap pintu masuk tu ada sekatan jalan raya yang ketat ! Camana boleh terlepas ? Malah mak mertua aku di Kelantan pun persoalkan camana jalan depan rumah dia tu , boleh banyak kereta berbanding hari hari biasa ! Dah boleh lepas, sibuk gi kenduri kendara lak ! Nahhh.. tengok apa jadi sekarang kat sana.

Bagi aku.. kalau nak balik tu, balik je la. Jumpa mak ayah. Dah ! Jangan la merayau sana sini. Tak perlu sibuk nak gi kenduri kendara bagai. Melainkan kalau kita tu dah benar benar clear.. dah buat swab test sebelum balik.. Bukan 3-4 hari sebelum balik yer.. tapi bila dah buat swab tu, kita kuarantin diri di rumah. Pastikan diri selamat... InshaAllah. 

Raya ni.. aku masih pikir. Bukan tak nak pergi. Tapi kena pergi pada hari yang takda orang pergi. Haaa... Aku risau jer.. Mak aku tu pun bukan muda lagi. Kena jaga la juga. Haish.. 

You May Also Like

0 comments