Syawal tahun ini... apakah bakal mengalirkan air mata ?

by - April 18, 2021

Dalam kereta.. Menuju ke Cyberjaya untuk membeli barang di Village Grocery. Sini memang tempat pilihan aku sejak tak boleh jejakkan kaki ke Alamanda. Dan bagusnya juga sini banyak sayur-sayuran yang aku nak. Setiap minggu atau dua minggu sekali , aku akan buat jus sayuran dicampur dengan buah untuk mendetox diri. Maklumlah, banyak amik makanan proses. Huhuh.. 

Part mendetox diri ni aku belajar di Phuket satu tika dulu. Satu ilmu yang sangat bermanfaat dan aku masih gunapakai hingga kini. Bukan untuk kurus saja tapi untuk 'selamatkan' organ dalaman kita. Pemakanan harian kita tu penting. Maka kena hati hati dengan apa yang kita yang masuk ke dalam tubuh badan kita.. 

Ok..tu isu lain. Sambung. Dalam kereta , aku pasang Spotify. Koleksi lagu raya. Huhu. Aku tahu wife akan terasa sayu. Maklumlah... tak dapat pulang beraya di kampung halaman. Tapi aku cuba pujuk dia. Kata aku, raya ni sebenarnya meriah dalam bulan Ramadan.. bukan Syawal ! Syawal tu, di hari pertama dan kedua jer. Pastu dah hilang feel tu. Di Ramadan tu meriahnya. Sebulan ! Dengan sahurnya... dengan buka puasanya.. dengan Tawarikhnya.. dengan kerja kerja amal... dengan lagu lagu raya yang berkumandang di corong corong radio serta shopping mall ! Fuh... banyak ! 

Aku pasang lagu Raya.. Terasa 'rayanya' yang cukup berbeza kali ini. Aku bersyukur. Aku perlu hargai setiap saat yang ada di hadapan aku. Aku tak tau apa yang di masa hadapan. Dan biarlah. Yang penting .. sekarang ! Mungkin tak sama macam dulu tapi realiti yang perlu kita terima.. 

Yang penting, bagaimana kita lalui Ramadan ni... bukan lagi sebulan beraya di bulan Syawal ! Nikmati Ramadan dengan sebaiknya... 

You May Also Like

1 comments