The LifeCo Phuket , destinasi yang pilihan tepat !

by - Isnin, Oktober 31, 2016


Kalau korang tanya aku sekali lagi.. apakah aku ingin kembali ke The LifeCo Phuket ? Maka jawapan aku ialah YA ! Kenapa ???? Jawapannya ialah ketenangan serta pemakanan yang dihidangkan di sana , segalanya amat sesuai dengan tubuh badan aku sekarang ni yang mana sebelum ni , aku amatlah berbeza sekali !

Apa ada di The LifeCo Phuket ?
Berihat , berubat dan pulihkan diri ! Heeee.. Tu bagi aku la. Ikutkan sebenarnya di sini lebih pada mereka yang ada masalah dengan stress , sakit sakit kronik dan perlukan rawatan alternatif serta mereka yang berniat nak jaga kesihatan dengan cara yang betul.

image

image

Ada 3 program terapi yang korang leh ikut di sini :
  1. Well Aging
  2. Spa & Beauty
  3. Detox and Cleansing
Ketiga tiga program ni , aku dah ikuti dalam masa 4 hari. Ikutkan tak sempat nak abis semua tetapi kerana terkejar masa , program dipendekkan NAMUN kesannya terasa sehingga hari ini ! Sangat sangat berbaloi !

Hanya untuk mereka yang serius nak jaga kesihatan !

Ada yang kata , mahalnya ! Kalau korang ada duit , tapi kesihatan takda pon tak guna ! Apa guna ada duit banyak tapi sakit kan ? Stress juga satu penyakit ! Jangan amik ringan soal kesihatan ni yer..
Ada duit , tapi kesihatan merosot. Cubalah ke sini. Takda sebarang ubatan menggunakan dadah di sini. Heee… Clear je semua.

Mahal ? Mana lagi mahal ? Organ kita murahkah ?

image

Hilangkan Tekanan


Suasana di The LifeCo Phuket ni , berlainan dengan resort yang pernah aku pergi. Tenang. Mendamaikan. Tiada bunyi lagu lagu yang memekakkan telinga. Tiada asap rokok atau kenderaan. Tiada manusia yang menyusahkan.

Sememangnya akan tenang di sini.

image
Selain dari ketenangan serta kedamaian suasana , makanan yang disediakan pon semua sihat sihat belaka !

Best kan ? Serius.. hilang stress aku bertahun yang disimpan , dalam masa 4 hari jer !

image

image

image

image

image

image

Apa saja yang korang nak melibatkan kesihatan , ada kat sini ! Malah kat sini ada sesi kaunseling andai korang perlukan. Nak massage.. yoga.. pilates.. ada !

Nak tau lebih lanjut , boleh tengok di www.thelifeco.com ! Kalau kehidupan sangat stress , sila je ke sini ! Pasti berbaloi.

You May Also Like

2 comments

  1. tenang je tengok tempat ni. confirmlah masalah yang bertahun pun boleh hilang dalam masa beberapa hari je bila ada dekat sini. tapi kalau balik semula ke tempat asal, mesti masalah itu akan datang balik. hehehe.

    tapi part cikgu yang mengajar tu. adoi. lenyap terus masalah yang ada! hahahha..

    jemput singgah blog saya..

    http://www.ceritaejoy.com/

    BalasPadam