Rahsia aku cepat hilangkan boroi ?
Sewaktu aku post gambar aku sedang boroi 6 bulan , ramai senyum wooo ! Hahahaa.. Yeeeeaaa.. akhirnya Ben kembali boroi , kata mereka ! Amboiii ! Suka benar eh ? Tak pe , tak pe…
Aku memang suka bila aku diperlecehkan gitu. Satu semangat untuk aku kembalikan semula bentuk badan aku seperti sejak lahir dulu. Eceh.. Hahaha..
Sebenarnya , aku saja biarkan boroi. Nanti ada la alasan untuk kembali ke gym. Sampai satu tahap bila bini sendiri pon dah tegur..
“ Abang masuk bilik ni , perut muncul dulu kat muka pintu. Baru nampak muka. “ .
Amboiii… Sampai tahap gitu.. mana boleh jadi lagu ni haa ! Aku amik serius sindiran tu ! Aku perlu menghilangkan segala lemak serta air berlebihan dalam badan dalam masa beberapa minggu. Masalahnya , mampukan aku ditambah lagi dengan faktor usia yang mana metabolisma pon dah menurun ! Kadar pembakaran lemak jadi perlahan maksud aku ! Bukan dah tua laaa ! Caitt !
Ok.. aku start gi gym , Sabtu lepas. Ahad off. Isnin hinggalah Rabu. Siang dan malam workout. Paginya , berjalan naik bukit pastu baru gi gym. Petang pon gitu… jalan ! Peluh mencurah curah keluar.. lebih lebih lagi bila pakai baju yang aku beli di Damansara satu tika dulu..
Hasilnya…
Diorang kata , aku tahan nafas ! Mestilah tahan nafas.. tak nak bergerak.. kang bergegar gambar ! Haaa.. Tahan perut ? Hahahaha.. Hanya yang ada ketika tu je tau betapa terkejutnya mereka melihat perubahan mendadak aku walhal minggu lepas.. lain rupa bentuk bumi badan aku ni !
Sebenarnya kan.. ada satu lagi rahsianya dan rahsia tu.. biarlah rahsia ! Eh , mana leh kasi tau.. sebab tu rahsia.. Tapi kalau tak bersenam, tak menjadi ! Haaaa . Camana pon , kena bersenam dan juga jaga pemakanan !
Minggu depan , nak gi Phuket. Ada program mendetoxkan diri di sana yang ditaja oleh The Life Co Phuket. Selebriti Hollywood je suka gi situ. Hehehe..
3 comments
Ok dah tahu dah rahsianya..hihihi
BalasPadamDetox detox detox
BalasPadamDetox detox detox Jangan Melantox.. Good luck. Hahah. I like ur wife nye sindiran. Nak guna gak la. hahahahahahahha
BalasPadam