Vaping tidak haram dah !
Alhamdulillah.. Baguslah vape tak haram. Cuma kalau boleh , haramkan menghisap vape di tempat awam serta wanita dan juga mereka di bawah usia 18 tahun. Sila sediakan tempat khas untuk vapers ni. Hisap dan semburlah asap asap tu sesama sendiri. Takda sapa nak marah ! Kan kan ?
Cuma aku agak pelik la kenyataan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“ Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda," katanya.
Takkan la ini aspirasi anak muda sekarang ni ? Hisap vape ? Apa maksud ASPIRASI ? Keinginan atau kehendak yg kuat utk mencapai sesuatu.
Hisap vape ni bagus untuk mereka yang memang nak berhenti merokok. Seperti yang aku pergi ke satu pembentangan kertas kerja mengenai vape dan rokok elektronik yang mana aku dipahamkan kepentingan vape pada mereka yang ketagihan nikotin. Boleh baca di entri Ketagihan nikotin : Rokok atau e-Rokok / Vape ? ini.
Dan tolonglah pantau juga yer… risau nanti anak anak kecik kecil dan juga gadis gadis yang terkenal dengan kesopanan , hisap vape dengan penuh kebanggaan !
3 comments
macam2
BalasPadamSEtuju.. Sediakan tempat khas untuk mereka
BalasPadamEmm..nak buat mcm mana dh lulus..
BalasPadambnde tak elok ade ke ckp inspirasi..enth la..