Kecewa aku dengan mat-mat motor besar ni !

by - Ahad, Oktober 09, 2016

 

Kerana nila setitik.. tapi masalahnya jumlah yang buat ni bukanlah kecik.. ramai la gak ! Malangnya kerana mereka ni , abis semua mat mat bikers terpalit sama , dipandang negatif !

Apa yang aku nak cakap ni adalah mengenai sikap di atas jalan raya.. Bayangkan tadi , aku memandu mengikut kelajuan yang dibenarkan. Ada anak anak termasuk baby yang baru sebulan usianya. Tiba-tiba entah dari mana , berbijik bijik motor pintas kereta aku ..kiri dan kanan.. aku ikut laluan tengah.. Dan ada yang pancung terus depan aku tanpa bagi signal ! Tak ke kurang ajar namanya tu ??? Bayangkan kalau yang pandu tu perempuan yang baru dapat P ??? Dia terkejut lalu mengelak ke kiri dan kebetulan memang ada motor pulak celah dari belah kiri ! Haishhhh…

Sedih siot ! Aku ni antara peminat motor besar ! Bukan semua orang mampu ada motor ni walaupun mampu je beli ! Cam aku .. arwah bapak aku memang nasihatkan aku jangan beli motor ! Aku follow je la.. Anak bapak la katakan..

Dan mereka yang ada motor besar tu.. pandulah dengan berhemah ! Kalau nak laju laju , gi masuk dalam litar tu ! Takda sapa nak larang aihhhh.. Tapi kalau laju di atas lebuh raya , tu dah terang terang menyalahi undang undang negara ni !

Awak tunggang motor tu , seorang diri atau berdua.. Kami yang dalam kereta ni , ada lebih dari 2 orang. Mau kena paham la skit yer ? Kalau awak tak sayangkan nyawa , kami ni sayangkan lagi nyawa.. Nak kena cari banyak pahala woo…

Jangan samakan taraf anda seperti mat rempit.. Orang yang mampu beli motor besar ni , biasanya orang berkerjaya yang bagus bagus.. kan ? Maka , bertindaklah seperti orang bagus bagus..

image

You May Also Like

0 comments