Kenali Blogger #KBBA9 : SOHOQUE

by - Sabtu, Oktober 08, 2016

Ok… blogger kedua #KBBA9 yang diberi peluang memperkenalkan diri di blog aku ni..
SOHOQUE !
Aku tak pernah jumpa dia di mana mana event sebelum dia pm aku di Facebook untuk join KBBA9. Dari awal lagi aku nampak ‘apa dia nak ‘ di KBBA9. Aku tak nafikan semua nak menda yang sama tapi pada SOHOQUE aku nampak ada win win situation untuk rakan blogger di KBBA9 ! Apakah itu ?? ILMU !
Sohoque bukan saja punya ilmu dalam bidang blogging ni tetapi juga dalam beberapa perkara lain yang mana bagi aku sangat bermanfaat untuk aku dan juga rakan rakan blogger yang lain !
Maka , aku terima dia join ! Namun pada awalnya , aku agak sangsi juga dengan dia.. ahahaha.. Maklumlah , lebih banyak senyap dari bercakap. Aku risau je ngan manusia yang suka memerhati ni ! Hahahaha.. Yelah , tak tau apa dalam kepala dia !
Yer, beberapa kali cuba menduga dia dan melihat sejauh mana kesungguhan dia untuk bersama KBBA9 ! Alhamdulillah.. dia jujur dan ikhlas untuk mengembangkan lagi komuniti blogger yang aku tubuhkan ni.
Bukan mudah untuk aku memberi kepercayaan pada blogger sebenarnya.. Maklumlah , dah banyak kali dikecewakan ..hurm.. malas nak cakap hal ni..
Dia punya banyak  idea namun masa adalah musuh no 1 dia.  Dia antara harapan aku untuk mengambil alih KBBA9 andai aku tiada satu hari nanti… 
Ibarat harimau simpan kuku wooo si Sohoque ni.. Huhu.. 

Jom baca kisah dia..
_________________________________________________________
Ahhaa dapat peluang menulis di blog ben ashaari. Masa Ben announce benda ni petang tadi aku pantas book nombor 1 untuk jadi penulis jemputan ni. Gila la saper tak rebut peluang ni. Duduk di bloglist blog dia pun dah dapat banyak trafik, lagi lah kalau diberi peluang tulis macam ni.
Tajuk yang diberi: "ikut suka hati. Janji entri sopan". Haaa lagi la best tajuk gini. Boleh merapu!
Aku terfikir, daripada aku merapu tak tentu hala, baik aku promote diri aku dan blog-blog aku. Ramai lagi pembaca blog Ben Ashaari ni tak kenal aku. Haaa. Meh aku nak poyo kat entri ni.
Siapa Sohoque
image
Nama sebenar aku Ishak. Asal daripada Negeri Terengganu. Biasa la kalau kat pantai timur Ishak ni orang panggil Sohok. Macam kat pantai barat pulak Ishak orang panggil Sahak. Tapi kalau korang awek, boleh jer panggil aku "abang Is" gitu.. hahahaha.
Sebutan Sohoq macam ni: [so:hawk]. Sebab orang yang baru kenal memang agak susah nak sebut. Ada yang sebut dalam hidung bunyinya. Ada yang sebut Sahuk. Ada yang sebut Sohak. Macam-macam. Untuk dapatkan lebih keunikan aku tambah huruf "U" dan "E" kat belakang untuk mem"portugal"kannya.
Aku boleh la declare diri aku sebagai blogger fulltime. Aku freelancer. Selain menulis blog aku juga adalah Unit Trust Consultant. Dedua kerja ni memang tak clash sebab aku boleh sesuaikan masa mengikut masa aku sendiri. Tapi memang sibuk la hidup jadi macam aku ni... hehehe.
Sibuk tapi best. Aku tak perlu apply cuti. Aku boleh tengok wayang ikut suka aku jer. Aku boleh travel bebila masa jer. Best..! No Monday Blues! Yang paling best, kerja aku ni bebas stress. Sebab tu kot aku ni tenang jer.

Sohoque sebagai seorang blogger

Aku ada banyak blog. Hahaha. Tak kiralah blog yang aktif yang aku update secara kerap ataupun blog yang tak aktif yang aku update ikut suka rasa aku nak update bila.
Daripada banyak-banyak blog tu hanya 3 blog ni saja yang aku tonjolkan:
3 blog ni aku gunakan platform wordpress dan mempunyai hosting berbayar.
Sohoque.com adalah blog berniche lifestyle. Dalam tu ada macam-macam sub-niche. Explorasa dan caknawang tu adalah sub-niche daripada blog sohoque.com sebenarnya. Explorasa mewakili niche food dan travel manakala caknawang bernichekan perancangan kewangan.
Sebenarnya setiap sub-niche yang femes seperti sukan, petua dan tip, blogging serta seo dan lain-lain dalam blog sohoque.com tu aku ada blognya yang tersendiri. Aku buat dengan blogspot. Tapi yang tu semua aku tak dedahkan pada umum. Aku hanya gunakan kemahiran seo aku jer untuk orang jumpa entri yang aku tulis. So mungkin entri yang korang pernah jumpa dan baca hasil carian di kotak carian google adalah entri blog aku. haaa gitu...
Kenapa aku buat blog banyak-banyak ni? Nanti la aku cerita dalam blog sohoque.com aku. Selalu-selalu lah melawat ke blog aku nanti.
Kegemaran aku adalah berkongsi. Berkongsi apa saja. Ilmu, kepakaran, cerita, tenaga, wang ringgit dan lain-lain. Kadang-kadang orang tak tanya pun aku cerita dan bagitau apa yang aku tau. So aku buat blog ni memang untuk berkongsi... Pada mulanya...
Sehinggalah aku jumpa cara macamana nak buat duit daripada penulisan di blog ni. Korang nak tau macamana? Rajin-rajinlah belek blog-blog aku untuk ini pula. Aku dah cerita secara ringkas rasanya dalam blog aku tu. .
Berapa juta aku raih pendapat sebulan? Haaa yang tu tak perlulah aku bagitau. Banyak bahaya daripada suka. Walaupun income aku tak sehebat Ben Ashaari tapi ia banyak membantu menaikkan ekonomi aku sendiri.

Aku sebagai seorang Unit Trust Consultant (UTC)

Kerja ni dah lama aku buat. Sejak 13 tahun yang lalu. Selepas meletakkan jawatan sebagai eksekutif di Maybank di Kemaman Terengganu. Kerja ni pun aku suka. Juga kerja yang bersangkut paut dengan berkongsi. Berkongsi cerita dan nasihat macamana nak gandakan duit untuk tujuan-tujuan kewangan seseorang.
"Meeting buddies, drinking coffees, sharing stories.."
Itu moto aku. Jumpa orang aku cerita. Orang yang setuju dengan idea aku boleh la ikut nasihat aku dan melabur dengan aku. Yang takk setuju aku buat kawan.
Oh ya, nasihat aku profesional ok. Untuk jadi UTC, aku kena ambik exam dan dapat lesen daripada FIMM (Federasi Pegurus Pelaburan Malaysia). Bukan semua orang boleh bagi nasihat berkenaan dengan Unit Trust ni.
Nak tau lebih lanjut pasal UTC, sila usha blog aku caknawang.com aku.

Sohoque sebagai seorang guru

Aku suka mengajar apa yang aku tau. Ia juga salah satu cara untuk aku berkongsi. InsyaAllah ia akan menjadi saham akhirat aku. Di industri unit trust, dah ramai yang aku bimbing untuk naik menjadi leader dan memperolehi income 5 angka sebulan. Walaupun aku tidaklah sehebat mana di industri ini, namun dengan ilmu yang aku curahkan, aku seronok melihat mereka menuju puncak!
Di industri blogging aku sering adakan kelas-kelas basic wordpress dan SEO bersama rakan blogger Hafiz Rahim untuk memberi pendedahan tentang cara mengendalikan blog dengan lebih berkesan dan profesional.
Aku kenakan bayaran tak? Ya... memang aku kenakan bayaran. Tapi sangat minima. Pada aku ilmu yang bagus bukan datang secara percuma. Ada banyak yang perlu dikorbankan. Masa, tenaga dan wang ringgit adalah pengorbanan yang hampir wajib kena buat.
Dengan yuran, aku boleh tau siapa yang komited dan siapa yang tidak. Dengan caj, aku dapat menanggung kos sewa kelas dan lain-lain. Di situ ada situasi menang-menang...! Tapi percayalah... dengan kos yang korang korbankan itu, ada keuntungan yang sangat besar menanti korang dalam dunia blogging.
Sesiapa yang berminat nak belajar boleh usha website kami: www.myscreative.com

Sohoque sebagai pelajar

Ya.. Selain berkongsi ilmu, banyak juga aku belajar daripada rakan-rakan di Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA). Setiap orang di KBBA unik. Ada kepakaran masing-masing.
Jadi secara tidak langsung aku belajar banyak benda daripada diorang ni. Tuan punya blog ni, Ben Ashaari misalnya adalah salah sorang sifu aku dalam dunia blog. Kelebihan Ben Ashaari adalah dia punya pengalaman yang sungguh luas dalam dunia blogging. Itu yang aku banyak belajar.
image
Melangkah ke depan dengan KBBA
Yup... dengan KBBA smakin laju langkah aku. Jika dulu job yang datang secara personal direct daripada PR, kini ada juga job yang datang daripada founder dan rakan-rakan KBBA yang lain.
Dengan KBBA, Semakin banyak aku boleh berkongsi. Semakin ramai aku boleh membantu bloggers untuk lebih faham akan konsep penulisan dan SEO.
Sekian saja "rapuan poyo" aku. Terima kasih tuan blog sebab sudi beri peluang jadi penulis jemputan.
Join KBBA adalah satu langkah yang tepat aku buat. Harap ianya akan kekal menjadi piihan yang tepat selamanya... Aameen...!

You May Also Like

18 comments

  1. Nak berkenalan dengan abang Is leh?

    BalasPadam
  2. Kali pertama jumpa bam hoq masa tgk wayang cita animasi kartun melayu kat eCurve.. dgn family sohoque dan member bligge4 lain yg aku pn x kenal lagi. Masa tu semua baru2baru jumpa kot. Bagus brader ni x kedekut ilmu .. aku suka cara hang Hoq.

    BalasPadam
  3. Semangat lain machamm baca entry ni

    BalasPadam
  4. First time jumpa bamhoq. Tak rasa yg baru je kenal. Mcm dah lama kenal. ..

    BalasPadam
  5. bila entah nak masuk kelas sifu ni.
    tgk member yang dh join suma dh upgrade cara pnulisan.

    BalasPadam
  6. Hi abang Is hahaha. Dah join kelas abam hoq, best dan bam hoq adalah sifu yg penyabar orgnya.

    BalasPadam
  7. Ingat Abg is memang orang Portugal. Hehee...

    BalasPadam
  8. Bila nth nak tukar wp ni..hehehe tkpnah jmpa behoq

    BalasPadam
  9. Wah ni bersusun pakat nak kena dengan abg Is. Tak apa saya pun baru lagu. Jauh sangat perjalanan dan sedang cuba singkat masa dengan berkawan berguru dengan geng yang haibat.

    Buat semua juga sebab suka berkongsi. Nak tinggal harta belum tentu ada. Nak tinggal sedikit saham manfaat bila dah tiada. Salam perkenalang (tambah g satu). Semoga usaha tuan diberkati dan dipermudahkan selalu.
    .
    Ada rezeki boleh jumpa nanti tuan insya Allah nanti.
    .
    @mystorycafe. {Asrul Husni}

    BalasPadam
  10. Abam Is. Hahaahahahah.. xle. Nak panggil abam seohoque gak..

    BalasPadam
  11. Beliau memang hebat , kalau jumpa ngn beliau akan smgt utk blogging :) always with tips blogging .

    BalasPadam
  12. Abam hoq banyak memberi tunjuk ajar dan sentiasa menegur kesalahan kita. bersyukur dapat berkenalan dengan abam hoq

    BalasPadam
  13. Untung laa Sohoque.. masuk blog ben... hi hi.. jeles laa aku...

    Sohoque.. mmg seorang yg sempoi.. Lepas join KBBA mmg banyak ilmu yang dia sharing dengan kawan2 kbba.. (zaman masa aku dalam kbba gak laa).. Skrg aku rasa masih sama..

    TERBAIK....

    BalasPadam
  14. wah..bestnya dan banyak ilmu yang di perolehi drp ben ashaaribdan.juga abg sohoqie sendiri. Tahniah kedua2

    BalasPadam
  15. bila bace tang "abang is" je..trus teringat kisah verangan zaman muda mudi..suka watak dlm novel klau nama abang is..hahahha..ape la mslh aku dulu tu...anyway..sdap bce entry ni..sempoi..nnt ioulll singgah ye...aku suke bce blog yg ayat sempoi2 ni...

    BalasPadam
  16. memang blogger hebat ni, banyak ilmu!

    BalasPadam