Jom ubah gaya hidup !
Dah beberap hari aku buat dan Alhamdulillah.. berjaya ! Bukannya aku tak makan nasi pon.. makan je cuma sekali sehari je la tu pun kalau ada lauk pauk yang sedap !
Dan selebihnya , aku amalkan apa yang aku dah mulakan di Phuket ! Serius , badan rasa selesa bila gini. Korang pon akan lebih menikmati makanan seperti tak pernah makan sebelum ni. Cam aku , 2 hari sekali baru ada makan nasi. Tu pun sikit jer.. Huhuh..
Wife lagi suka apa yang aku buat ni. Aku dah tak makan maggie atau makanan segera ! Kalau tak , risau dia tengok aku. Masuk bilik pun , nampak hidung dulu baru nampak perut berbanding sebelum ni nampak perut dulu , 10 minit kemudian baru nampak hidung ! Hahaha..
Kalau aku gi mana mana skang ni , nampak booth healthy drink atau healthy food , aku akan gi beli air atau makanan. Untuk elak aku lapar dan makan makanan yang tah hapa hapa tah.. asal kenyang ! Bahaya woo..
Di rumah , wife dah buatkan air serta makanan yang aku nak. Dia beri semangat dan dia pun join sama.. Hehehe.. Mana aci tengok suami je kurus dan sihat , kan ?
Makan tengahari , hari ni.. heee..
Salmon berserta salad. Memang sedap la.. Pasni wife nak belajar buat dressing. Aku , belasah jer. Yang penting , tak memudaratkan perut gue ! Heeee..
Try la.. badan rasa ringan jer..
5 comments
Sedapnya..nak buat jugaklah macam nie..
BalasPadamsedapnya ss wat tak jadi hahA salmon jadi keras... mmg xde bakat memasak
BalasPadamOk la siscuba lg esok 😂
BalasPadamTak mampu nak bayangkan kalau dua hari baru makan nasi. Sekarang ni memang dah mula kurangkan makan nasi tapi tu la, badan pun ikut menggigil.
BalasPadamKena buat perlahan-lahan ni. Tak boleh drastik sangat. Nak jugak cuba tak makan nasi dua hari. Harapnya okay la.
Good move ni to have a better quality of life! Caiyok
BalasPadam