Gi travel sana sini tapi kembali dengan .. - BEN ASHAARI

Gi travel sana sini tapi kembali dengan ..

 

“ Yess ! Esok nak g Paris ! Er , Koreaa ! Aa… Japann ! Tour Europe !! Atau ..  g Bali !  “.

Seronok giler dapat berjalan tengok negara orang ! Kan ? Macam macam dapat lihat woo ! Budaya , adat , sejarah , boleh shopping murah murah ! Kan kan ?

Itulah yang aku rasa bila gi tempat tempat yang diidamkan.. diimpikan ! Dalam seminggu tu , segalanya dilupakan.. Pejabat , kekasih hati bagi yang belum kawin.. masalah masalah hutang piutang , kawan kawan bermasalah.. Aarghh.. lega giler !

Mesti best kan ?

Tapi.. bila abis ‘ honeymoon’ , segalanya kembali dan kita kena hadapi semula terutamanya hari ISNIN ! Adehhh.. bosannya nak bekerja ! Mood masih lagi dengan bercuti ! Camana nak buat ni ? Nak cuti lagi boleh ? Atau… Nak berenti je kerja pastu pusing dunia !

Seperkara yang aku dapat dari 4 hari 3 malam di The LifeCo Phuket tu , ialah diri aku semula ! Aku pergi dalam keadaan diri yang penuh masalah. Ditimpa lagi dengan masalah ketika di sana.. Seperti bank online disekat… telefon ASUS aku rosak sebab jatuh dalam air.. tab Samsung A aku lak tak leh detect sim kad lak.. dengan whatsapp tak leh nak reply .. aduh ! Boleh giler gitu.. Tapi aku tak jadi gitu sepanjang di sana.. Pelik ??? Aku sendiri tak sedar.. Aku tak kisah pon semua tu. Tunggu je balik Malaysia , aku selesaikan semua masalah aku tu..

Aku gi Phuket.. berjalan jalan walaupun tak sangat tapi aku nikmati kehidupan yang aku lama dah nak rasa.. Aku nak rehat sebenar benarnya rehat ! Menikmati udara laut.. deruan ombak.. kicauan burung.. bermain hujan.. udara yang nyaman.. rakan rakan yang positif.. bersenam tanpa rasa stress !

image

image

Dan aku baru sedar.. pemakananlah segalanya ! Gi sana sini. makan macam macam.. tapi aku tak CLEANkan semula organ dalaman dan menyebabkan hari aku bermula dengan rasa yang tidak sihat !

image

Benar.. segalanya adalah dari minda ! Tapi jika makanan tidak sihat , bagaimana nak menghasilkan minda yang sihat , kan ? Maka… bagi aku , bila gi travel.. pastikan kita jaga juga pemakanan kita.. bila balik semula ke pejabat , inshaAllah kita gembira !

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.