Menambah ilmu penjagaan bayi di bengkel Cetaphil Baby Experience !
Terlopong ! Sepanjang hari aku di Talent Lounge , Damansara anjuran CETAPHIL hari tu.. aku hanya mampu terkebil kebil ! Wowww ! Apasal aku tak tau ? Banyak betul rupanya aku tak tau mengenai penjagaan bayi ni.
Selama ni aku telah dapat infomasi yang kurang tepat mengenai penjagaan bayi terutamanya bahagian kulit ! Terlalu banyak maklumat masuk ke minda aku ! Dan ianya berguna sekali memandangkan aku baru je dapat baby ! Heeee..
Walaupun dah masuk 3 orang anak aku yang mana aku jaga sendiri dari kecil , ilmu penjagaan bayi ni masih terlalu cetek buat aku. Nasib baik la ada bengkel anjuran Cetaphil ni ! Kalau tak.. sampai sekarang aku masih dengan info info mengarut.
Panel jemputan lak memang terdiri dari mereka yang benar benar berpengalaman menguruskan hal hal baby ni.. haaa ! Sapa dia ? Hehehehe..
Antaranya ialah Dr. Mazlin (dermatologist ) , Lim Li Li (nurse) dan Corina Lau (nurse). Setiap dari mereka memberikan petua , tips mengenai penjagaan awal bayi dengan lebih tepat dan teratur.
Setiap dari mereka adalah sangat berpengalaman dalam bidang mereka. Amatlah rugi tidak mengambil kesempatan menagih ilmu serta tips berguna dari para panel jemputan ni.
Yang pastinya , ketiga tiga panel ni buatkan aku rasa kehadiran aku di bengkel tu amat berbaloi sangat yang mana pada awalnya aku rasa aku dah tau segalanya.. rupanya , hurmmm…
Antara yang aku belajar ialah mengenai ruam baby yang selama ni aku pandang ianya satu isu yang serius walhal.. adehh ! Rileks sudah ! Selagi mana bukan eczema , maka tenang tenang jer ! Kalau tidak , aku asyik suh buh bedak atau tepung memanjang bila nampak ruam !
Kemudian , mengenai cara cara mandian bayi yang betul ! Haaa.. aku lama dah nak belajar secara praktikal dan ianya menjadi kenyataan !
Cetaphil memang sesuai sangat la untuk si kecil.Sedangkan kain tuala tu pun selesa , ni kan pulak sabun mandian bayi !
Tengok gambar tu.. Baru aku tau kenapa nurse di hospital pegang bayi ketika mandikan mereka. Cara tu kena betul. Kena pegang dengan cermat untuk elakkan dari terlepas serta leher bayi yang masih lembut tu , perlu ditampung. Ini satu ilmu baru untuk aku !
Selesai part mandian , mengurut bayi lak ! Pentingnya tahu cara urutan ni adalah untuk memastikan anak anak membesar dalam situasi yang tidak tertekan ! Haaaa.. Jangan kasi stress woooo !
Nak mengurut , bukan senang.. ada pelbagai teknik tapi segalanya perlu belajar dengan betul ! Jangan main belasah jer wooo ! Bahayaaa !
Bengkel hari tu tamat tepat jam 1 tenghari tetapi dia punya pengisian , memang banyak sangat ! Aku sendiri pon rasa teruja ! Terus rasa nak balik dan buat pada si Aariz Iman ! Hehehehe.. Nak tengok respon dia.. ayah dia belajar di bengkel tu , bermanfaat atau tidak ! Hahahaha..
Apa apa pun , Cetaphil telah menjalankan tugas dengan baik sekali. Seperti produk keluarannya , Cetaphil membuktikan bahawa mereka adalah pengeluar produk yang bukan sebarangan tetapi adalah yang berkualiti dan bermutu tinggi seiring dengan pakar pakar mereka yang melakukan kajian bagi memastikan kita mendapat penjagaan kesihatan yang sempurna !
Jika ingin mencuba Cetaphil Baby produk, tuju ke farmasi berdekatan dengan korang ! Antaranya yang sesuai untuk si kecil ialah :
- 1. Cetaphil Gentle Wash & Shampoo 230ML RM 40.17 (RRP)
- 2. Cetaphil Ultra Moisturising Bath & Wash 230ML RM 36.99 (RRP)
- 3. Cetaphil Daily Lotion 400ML RM 76.21 (RRP)
- 4. Cetaphil Baby Shampoo 200ML RM 36.99 (RRP)
Tahniah Cetaphil ! Banyak lagi aku nak share. Korang stay tuned FB aku dan mengikuti #CetBabyExperience hashtag untuk banyak lagi gambar dan video.
Dan jangan lupa follow Cetaphil untuk mengetahui perkembangan mereka :
- Facebook: http://bit.ly/CetaphilMYFB
- Instagram : http://bit.ly/CetaphilMYIG
- Twitter: http://bit.ly/CetaphilMYTW
- Youtube : http://bit.ly/CetaphilMYYT
- Web : http://bit.ly/CetaphilMYWeb
13 comments
Tahnia kerana teruskan mempelajari teknik menjaga bayi
BalasPadampart mandi memang kena betul..kalau tak kena bebel denagn mak kalau salah pegang..
BalasPadamBagusnya..huwaa teringin jugak..
BalasPadamEven dah 3 anak still teringin nak hadir kelas2 penjagaan baby mcm ni.. sbnrnya bru tau jga pasal cetaphil.. heeee
BalasPadamSy dulu.. selalu mandikan baby bila dorang dah sbulan lebih. Takut. Huhu.. cetaphil best. Guna utk my eczema baby..
BalasPadamProduk cetaphil bagus 😊
BalasPadamWahh bagusnya bengkel cetaphil ni.
BalasPadamBanyk info yg dapat dr program cetaphil ini
BalasPadamBest nya....!! Nina pernah guna Cetaphil. Mmg bagus!
BalasPadamLain Kali ada program gini nak join gak...... teringin sangat walaupun nina dah ada 5 anak
besnya kalau dapat join
BalasPadamNasib tak kahwin lagi..kalau dah kawen nak jugak datang sini cuba bila ada anak nanti...
BalasPadamBagus dapat belajar dari yang pakar, kadang kadang baca je tak faham sangat
BalasPadamBagus nie belajar cara mandian baby yang betul...
BalasPadam