Best ke CUCKOO Electric Water Purifier ?
Booking ari tu , hari ni datang pasang. Tak sampai sejam pemasangan.. settle ! Tapi tak leh guna sepenuhnya. Kena tunggu 24 jam.. yang ‘sejuk’ tu jer. Yang lain , boleh dah guna !
5 tahun kontrak.. RM120 rasanya sebulan. Wife mandi lak.. nak tanya tak leh.. malas nak gi gegar toilet. Aku dalam pantang.. kang langgar pantang kang ! Haaaa.. Hahahaa.. gurau jer ! Lebih kurang rasanya.. dalam harga gitu jer. Selepas 5 tahun , kalau nak sambung under warranty pon boleh katanya. Entah betul atau tak penjelasan aku ni , aku pon tak pasti. Cer tanya agen berhampiran dengan rumah makcik korang..
Kenapa aku pilih Cuckoo ni ? Sebabnya.. wife yang pilih ! Aku iku jer. Bagus kan ? Katanya Cuckoo ni baru dan canggih manggih ! Kiranya leh tukar jadi robot ala ala Transformer bila nyawanya terancam ! Cool kan ? Haaa..
Size yang sederhana besar juga mainkan peranan tapi yang paling penting , after sale service ! Haaa.. Ni aku nak tengok nanti ! Kalau ke laut , siap laaa dia !
Air dia ? Alkali + Mineral… pH dalam 7-9 gituu… Dia tipu aku , aku tipu korang .. hahahaha.. Gitu laaa..
Jaga kesihatan sungguh aku skang ni ! Heee..
1 comments
Macam sama dengan kontrak Coway gak nie..
BalasPadam