Nak berjaya dalam dunia blog ? Apakah rahsianya
Usaha tangga kejayaan ! Satu tika dulu aku anggap mudah untuk berjaya dalam dunia blog ni. Update je blog ! Settle.. selebihnya , masa yang akan tentukan.. Dengan rupa yang kacak serta badan yang sado , mesti mudah nak popular !
Otak ko !
Hahahaha.. Takda maknanya ! Sehari 10 orang baca blog , pon dah bersyukur masa tu ! Camana nak kasi 100 orang baca ! Aduh.. bukan mudah siut ! Kena lak takda orang nak bantu bagai.. Nak tolong popularkan..
Fikir punya fikir .. aku teringat la orang orang yang berjaya.. Sebelum mereka berjaya , apa yang mereka buat ? Berapa lama mereka tidur ? Arwah ayah aku selalu bebel.. Tidur , tidur , tidur ! Asyik tidur , camana nak berjaya !
Hurm.. betul gak ! Aku ubah tabiat tu. Aku ada cita cita yang nak dikejar ! Aku nak dapat travel percuma.. aku nak dapat telefon percuma. Aku nak dapat makan percuma ! Aku nak segalanya percuma tapi bagaimana ??
Ada satu page di Facebook yang menarik minat aku !
“ Orang berjaya ada sikap berlainan, perangai berlainan,kehidupan yang berlainan sebab itu mereka dikenali dan telah berjaya Dalam apa jua bidang yang diceburi...
Orang berjaya senang dikenalpasti kerana kelainan yang ditonjokan oleh mereka kerana mereka ada 3 sikap yang dibentuk oleh 3 mindset berikut:
- Sanggup bersusah payah untuk mencapai kejayaan diidamkannya. Orang berjaya sanggup mendepani kesusahan dan perkara-perkara yang menyusahkan. Mereka tidak pernah merungut atau komplen sebab mereka tahu tak ada jalan mudah untuk berjaya. Mereka sanggup bersusah payah kerana mereka sedar, kesusahan tu hanya sementara.
- Sanggup bekerja lebih lama dari orang lain di sekeliling.
Orang berjaya bekerja dalam masa yang lebih lama dari orang lain, biasanya mereka bekerja lebih dari 12 jam sehari, bahkan tak mustahil mencapai 16 jam sehari sehingga mereka terpaksa mengurangkan waktu tidur supaya boleh bekerja lebih lama. Dia biasanya bangun lebih awal dari orang lain, tidur lebih lambat dari orang lain. - Sanggup bekerja setiap hari walaupun pada hari cuti.
Orang berjaya tak akan pernah berhenti bekerja dan berusaha selagi apa yang mereka mahukan tidak tercapai. Tidak ada istilah cuti-cuti, tidak ada perkataan relaks terlalu lama dalam kamus hidup mereka.
Inilah ciri-ciri sikap yang membezakan orang yang berpotensi untuk berjaya dengan orang biasa. Mereka hanya akan berehat pada waktu tidur, pada waktu sembahyang, pada waktu makan.
Mindset penting orang berjaya – sanggup berkorban untuk memperoleh kejayaan. Mereka korbankan masa bersantai-santai, masa berjalan-jalan dan masa untuk bersukaria untuk mencapai kejayaan idaman mereka. “.
Yer , selagi aku belum berjaya.. aku akan tetap berusaha ! Bila aku dah berjaya , aku nikmati kejayaan itu. Bersusah susah dahulu , bersenang senang kemudian .
Nak berjaya , kurangkan alasan dalam hidup !
6 comments
nice tips abg ben, when there's a will, there's a way.
BalasPadamhidup byk alasan mati orang tak perasan
BalasPadambila tgk pada tips yang diberikan ada betulnya,
BalasPadamkena kerja kuat dan lebih masa,
usaha tangga kejayaan,
take note that bro.
thanx for sharing
No wonder abg ben boleh bertahan dalam arena blogging ni.
BalasPadamSaya tak mampu lg. :p
Doakan saya plak. Terima kasih untuk sharing tips. ;)
nice tips.. nak brjya mmg perlukan pengorbanan.
BalasPadamBetull..Orang berjaya mempunyai kelainan dalam hidup mereka banding oranglain
BalasPadam