Akhirnya , Zahra keluar rumah..

by - Khamis, Oktober 06, 2016

 

2 tahun lebih.. baru laaa dapat jejak taman permainan ni. Sian Zahra. Lama dah aku nak bawak tapi keadaan tak mengizinkan. Dengan panas , nyamuk.. awek awek kolej yang lepak kat situ… segalanya tak mengizinkan. Takat nyamuk dan panas tu , ok lagi.. awek awek tu haaa.. lom sempat kenyit mata , wife dah antar whatsapp gambar mata ! Im watching u !! Arghh..

Seronok dia dapat berlari tapi nak pegang tangan ayahnya juga.  Si abang.. hurmm.. tak pandang belakang dah ! Bila jerit baru sengih.. Aduhai..

“ Kereta la Qhaliff.. “`. Kata aku.

Dia pandang kiri kanan depan belakang. “ Takda pon kereta”.

Ni la masalanya kalau dah pandai menjawab ! Segalanya dia menjawab. Geleng kepala je aku.. Tapi tak kisah la.. sekurangnya sel otak dia berhubung.. kan ?

image

Tapi bagus la.. Si Qhaliff main dengan adik dia. Si adik ikut je apa si abang buat. Huhuh.. Si abang memerhati. Main sampai tak nak balik umah dah. Sebut LIPAS , baru nak balik ! Adehhhh… pemalu cam daddy gak eh !

You May Also Like

2 comments