PLAY-DOH , bermain sambil belajar !

by - Rabu, Oktober 12, 2016

 

“ Tiada lagi gadget selepas ni ! “.

Hurmm.. tak leh gak kan ? Gajet adalah sebahagian dari kehidupan setiap manusia diatas muka bumi ni. Nak tak nak , kita terima hakikat tetapi buat anak anak kita , gajet ni hanyalah sampingan saja ! Mereka masih perlu belajar dan bermain menggunakan pelbagai jenis alatan yang ada tak kira la moden atau pun tradisional !

Antara permainan sambil belajar yang sesuai ialah PLAY-DOH. Pastinya ramai antara kita pernah bermain dengan tanah liat , kan ? Seawal sekolah rendah dulu atau pun sebelum masuk sekolah lagi.. mesti ada kenangan bersama dengan tanah liat… kan kan ?

PLAY-DOH , anak anak kita yang selalu layan Youtube mesti kenal punya ! Kalau Qhaliff dan Zahra nampak di kedai permainan , mesti nak punyalah ! Dan aku dapatkan satu untuk mereka. Awal pagi lagi dah bersedia untuk bermain !

image

image

Bila aku bagi je kebenaran , terus meluncur bukak kotak dan meleraikan apa jua yang ada di dalam tu.. Huhhuuh.. Dah seharian menanti dengan penuh sabar nak bermain PLAY-DOH.

PLAY-DOH memang bagus untuk anak anak kita. Yang terkini PLAY-DOH SHAPE & LEARN LETTERS & LANGUAGE , mengajar anak anak kita mengunakan skill jari jemarinya bagi membentuk apa jua yang mereka ingini tetapi punya mesej pendidikan di dalamnya.

PLAY-DOH SHAPE & LEARN LETTERS & LANGUAGE yang Qhaliff dan Zahra main ni sangat berkesan..  mereka belajar mencipta abjad serta membuat raut wajah dengan menggunakan PLAY-DOH. Secara automtik mereka akan perlu berfikir secara lebih kreatif bagaimana nak membuatnya.

Dan ibu atau bapanya perlu bermain bersama dan secara tidak langsung akan punya satu perhubungan komunikasi antara anak dan ibu bapanya. Kan bagus tu ?

image

image

image

image

Menarik , kan ? Perlu kreatif dan sabar bila bermain PLAY-DOH ni. Hasilnya pasti menakjubkan ..

Jika mereka bermain di atas lantai , apakah akan kotor lantai tersebut ?? Tidak sama sekali.. Hehehe.. Tu yang bagusnya , PLAY-DOH. Berkualiti , selamat dan kebersihan diutamakan !

image

image

image

image

image

Amacam ? Nak jugak ke satu set percuma ?  Ok ok, aku bagi satu nak ? Hehehe.. Pihak PLAY-DOH dengan baiknya nak bagi satu kepada pembaca blog ni .. Tapi dengan syarat..

Er. apakah syarat-syaratnya ???

image

Kongsikan artikal ni , dan kemudian komen di ruang komen entri ni.. KENAPA ANDA INGINKAN PLAY-DOH SHAPE & LEARN LETTERS & LANGUAGE ni. Buat pengetahuan korang , harganya ialah RM139.90 Amacam ? Berbaloi tak ?  Jangan lupa.. sertakan email untuk aku hubungi pengomen bertuah !

Tarikh berakhir penyertaan ialah  12/10/2016 !

You May Also Like

27 comments

  1. KENAPA SAYA INGINKAN PLAY-DOH SHAPE,LEARN LETTERS & LANGUAGE ,kerana saya boleh hadiahkan anak saya Fariza sempena birthday dia yang ke setahun pada 23.10.2016 ni. Teringin playdoh sebab ia merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk "bonding time" bersama anak-anak yang sebenarnya memang menyeronokkan dan di masa yang sama adalah merupakan salah satu cara kita sebagai ibu bapa menyumbang ke arah perkembangan positif anak-anak.

    email:rockers.sakura@yahoo.com

    BalasPadam
  2. Abg Qaiser ilman hari2 main play doh...mmg kegemaran dia...

    BalasPadam
  3. KENAPA SAYA INGINKAN PLAY-DOH SHAPE, LEARN LETTERS & LANGUAGE kerana saya punyai anak² yang kreatif. Kreativiti mereka kadang diluar jangkaan saya. Jadi dengan mainan Play-Doh ni mereka boleh tunjukkan kreativiti mereka melalui ciptaan dan rekaan dari Play-Doh. Saya juga boleh berkongsi belajar melalui kreativiti mereka. Pasti seronok dapat bermain Play-Doh bersama anak².

    Emel: mas7977@gmail.com

    BalasPadam
  4. Sebab... play doh sangat sesuai buat mainan Eilhan. December ni dia genap 3tahun dan waktu paling ideal untuk kanak-kanak meneroka sesuatu mainan bersama imaginasi mereka. Mak nya pun boleh join main sama... mesti lagi havoc! hehe..
    .
    Email : nina.azlan1@yahoo.com

    BalasPadam
  5. Saya nak PLAYDOH untuk hadiahkan kepada Qaireen kerana PLAYDOH amat sesuai untuk kanak-kanak seusia Qaireen di mana mindanya sedang aktif dan gemar teroka sesuatu yang baru. PLAYDOH mencabar minda kanak-kanak untuk lebih kreatif dan secara tidak langsung mengasah ketajaman minda. Terima kasih PLAYDOH!

    shiqeensattar@gmail.com

    DONE SHARE!

    BalasPadam
  6. menariknya! nak suruh kakak join lahh

    BalasPadam
  7. Seronok main playdoh. Kadang-kadang join anak buah main. Macam-macam leh buat. Haha

    BalasPadam
  8. Menariknya mainan play doh ni... Boleh buat homeschooling cara santai dengan anak2... Ilmu dapat sambil enjoy... Mesti dorang nak main hari2...

    allene.333@gmail.com

    BalasPadam
  9. Play doh ni mmg best, barang wajib yang semua parents patut belikan untuk anak anak masa kecik. heheh jgn tak tahu, walaupun anak den laki.... tapi dia paling suka pretend jadi tukang masak dan jadi chef.
    dah masuk 7 tahun ni dah kurang main play doh.. dah ter addict dengan gajet... adeh....poning mak.
    tapi kalau dpt bg kat dia ni rasanya...confirm dia pulun main abisan walaupun lantai mak bertanda-tanda ..huhuhu...

    BalasPadam
  10. SAYA INGINKAN PLAY-DOH SHAPE,LEARN LETTERS & LANGUAGE ini sebab ianya suatu permainan yang bagus bagi perkembangan anak-anak...sebelum ni saya pernah beli set tanah liat yang seakan-akan Play-Doh brand, tapi kualitinya tidak begitu baik..selain mempunyai bau yang kurang enak, ianya melekat di tangan. Anak saya begitu sukakan permainan tanah liat ni...jadi kalau dapat free Play Doh ni memang best la!! hahahaha

    arei912@yahoo.com

    BalasPadam
  11. Saya inginkan PLAY-DOH SHAPE, LEARNS LETTERS & LANGUAGE kerana ingin menghadiahkannya kepada keempat-empat orang anak saya yang belum pernah memiliki sebarang set PLAY-DOH setakat ini. Saya jugak ingin menerapkan kemahiran mengenal huruf dan membaca melalui permainan ini yang tentunya lebih memfokuskan seorang anak saya yang akan naik sekolah pada tahun depan tapi belum tahu membaca. Saya dah cuba pelbagai cara selain bermain dengan PLAY-DOH. Saya berharap dapat memiliki set ini untuk cuba perbaiki kelemahannya melalui bermain dengan PLAY-DOH kerana dengan PLAY-DOH kanak-kanak boleh belajar sambil bermain dengan gembira!

    terima kasih ben!

    email :rozitaabdrahman@yahoo.com

    BalasPadam
  12. Seronoknya kalau dapat satu set playdoh shape, learns letters & language ni..boleh bagi anak-anak belajar dengan cara mudah dan selamat..biasa beli plastersin jer utk kasi anak main sebab itu saja yang mampu dibeli walhal benda itu tak berapa baik sebenarnya.. Jika rezeki ada, pasti anak-anak lebih teruja untuk bermain bersama...eh, mama pun boleh join sekali..

    BalasPadam
  13. KENAPA SAYA INGINKAN PLAY-DOH SHAPE,LEARN LETTERS & LANGUAGE INI? Kerana saya mahu anak saya mempelajari lebih banyak aktiviti dan merangsang motor skill dia, secara tidak langsung akan mengurangkan kebergantungan terhadap Ipad.

    ideriyanis@gmail.com

    BalasPadam
  14. KENAPA SAYA INGINKAN PLAY-DOH SHAPE,LEARN LETTERS & LANGUAGE ini disebabkan Mommy belum sediakan hadiah birthday untuk Ariq. Jadi sesuailah kiranya dijadikan sebagai hadiah harijadinya. Selain dari itu, Ariq perlu diasah motor skill nya dengan cara menekap-nekap letters seperti yang Qhaliff buat di atas tu.. Ariq paling seronok jika belajar dan membaca ABC. Tak pernah boring jika dapat bermain playdoh.. Moga ini adalah rezeki Ariq Emir sempena harijadinya yang bakal menjelang. Amin. Terima kasih.. :)

    BalasPadam
  15. ini dengan mak pak sekali main...hiihihi

    BalasPadam
  16. Ya Allah.. Anak sulung aku, Zara baru je sebut2 pasal Play Doh ni.. Dia nak papa dia belikan.. Demi kebahagiaan anak, memang kena masuk dalam list la ni.. Tapi skang belum beli lagi la.. Zara suka tengok video play don kat youtube.. Tu yang dia mintak dgn Papa dia tu..

    BalasPadam
  17. main play doh ni memang syok xigt dunia. macam2 boleh buat dengan play doh ni. dari buah-buahan, bunga, and others yang kita minat. Tapi kena ingat ada certain play doh yang tak selamat di gunakan. Play doh shape, learn letters & language ni memang terjamin keselamatannya. kalau nak main play doh ni mesti ada kawalan dari orang dewasa takut ada yang masuk mulut nnt.hehe

    normi80my@yahoo.com

    BalasPadam
  18. KENAPA ANDA INGINKAN PLAY-DOH SHAPE,LEARN LETTERS & LANGUAGE

    Saya inginkan set ini untuk dihadiahkan kepada anak saya supaya mereka juga dapat belajar sambil bermain . Pada pendapat saya set ini sangat bagus untuk meningkatkan daya berfikir anak-anak yang sukar menumpukan perhatian pada pelajaran tanpa tekanan kerana sifat semulajadi mereka yang suka bermain .

    email : dila12379@gmail.com

    BalasPadam
  19. KENAPA SAYA INGINKAN PLAY-DOH SHAPE, LEARN LETTERS & LANGUAGE, kerana anak-anak saya sangat kuat daya imaginasi mereka. Dan saya juga boleh menghadiahkannya pada hari lahirnya yang ketiga pada 18.10.2016.. Memang menyeronokkan bila dapat meluangkan masa bersama anak-anak sambil membantu mereka dalam perkembangan otak.. Pelbagai bentuk pelbagai cara pelbagai imaginasi boleh kita hasilkan dengan playdoh dan membantu kanak-kanak dalam membentuk minda positif mereka.

    BalasPadam
  20. KENAPA SAYA INGINKAN PLAY-DOH SHAPE ,LEARN LETTERS &LANGUAGE , sebab nak bagi dekat little boy (anak angkat family) yang dari dulu memang suka main PLAY-DOH . Little boy selalu maain ni tp bukan jenama playdoh. Bagi dia main ni sebab elakkan dia dari ketagih tengok youtube dan main tab . Selalu beli beli dan beli.. maklumlah beli murah pnya kualiti pun tk berapa elok cepat kering . Kalau dapat playdoh ni mesti dia seronok.. Little boy umur 4tahun balik dari taska je dah cari ni., pastu main semula abc yang diajar disekolah tadi . Kadang Lisa pun join gak, temnakan dia.. heheh nampak perubahan dia.. lebih senang belajar abc ... bagus la sekarang dah tak ketagih dengan Tab .

    EMAIL : therylisa@gmail.com

    BalasPadam
  21. Bismillah..
    PLAY-DOH SHAPE AND LEARN LETTERS AND LANGUAGE InsyaAllah dapat membantu meningkatkan motor skills anak-anak saya dalam menerokai kemahiran membaca dan menulis bersama-sama saya dan suami.

    doraemon_fidot@yahoo.com

    BalasPadam
  22. http://ceritanursha.blogspot.my/2016/10/play-doh-shape-learn-dari-santai-ben.html

    KENAPA SAYA INGINKAN PLAY-DOH SHAPE,LEARN LETTERS & LANGUAGE, kerana anak-anak saya sangat-sangat suka main playdoh.. Boleh main dari pagi sampai ke petang, tapi itupun diorang dapat main sekali sekala je bila balik rumah maktok diorang.. Kalau dapat set Play-Doh ni boleh la diorang main hari-hari, Dan yang paling best tu boleh belajar sekali, memang sangat sesuai untuk anak-anak saya yang berumur 3 dan 2 tahun.. Rasanya, mami & dedi pun tak sabar nak main Play-Doh ni.. Hehehe..

    Email: reenrianna@gmail.com

    BalasPadam
  23. Walapun Ynaie belum ada zuriat tapi nak jugak join contesnt ni..

    KENAPA ANDA INGINKAN PLAY-DOH SHAPE,LEARN LETTERS & LANGUAGE kerana ingin hadiahkan kepada anak buah untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran sambil dapat bermain dan luangkan masa bersama anak buah.

    yeahh..

    BalasPadam
  24. SEBAB untuk present hadiah hari jadi anak saya-Fina>>3years 12 november ni. Suka sgt bermain play-doh sampai kan dah hitam2 play-doh dia, dan saya rasa perlu ganti baru.

    zieazi30@gmail.com

    BalasPadam
  25. KENAPA SAYA INGINKAN PLAY-DOH SHAPE,LEARN LETTERS & LANGUAGE?
    Kerana dapat membantu anak-anak dalam pembelajaran selain meransang motor skill & sensory skill mereka.Learning with fun la ibaratnya. Kita boleh ajar diorang menjadi kreatif at the same time. Selain itu dapat mengurangkan kebergantungan mereka dengan gadget seperti ipad misalnya. Mak bapak pun happy dapat spend time dengan anak-anak (bonding time).

    Email : emily.ivani@gmail.com

    BalasPadam
  26. KENAPA ANDA INGINKAN PLAY-DOH SHAPE,LEARN LETTERS & LANGUAGE

    sesuai untuk anak buah saya yang baru berusia 2 tahun,
    tambahan dia keseorangan dirumah,
    tiada teman sepermainan,
    bila ada PLAYDOH ni dapat ler dia hilangkan rasa bosan sambil-sambil dapat belajar dan berinteraksi,
    tidak perlu lagi disuapkan dengan gajet selepas ini.

    email : sharksuke@gmail.com

    BalasPadam
  27. KENAPA SAYA INGINKAN PLAY-DOH SHAPE,LEARN LETTERS & LANGUAGE sebab Playdoh ni memang sesuai untuk dihadiahkan kepada 2 anak lelaki saya yang gemarkan mainan kreativiti dimana mereka berdua dapat berkumpul dan belajar bersama,berkongsi idea,menunjukkan hasil kreativiti mereka dan mengeratkan hubungan kekeluargan antara mereka.

    Yang paling penting Playdoh ni tidak membahaya untuk kanak-kanak.

    Email : irnanurasikin@gmail.com

    BalasPadam