Merajuk dah dia ngan daddy !
Video diambil ketika wife dan mak mertua ke klinik untuk cucuk Aariz. Sebulan punya cucuk… huhuhuh..
Aku bawak diorang lepak kat Mcdonalds Kok Lanas selepas basuh kereta. Kat klinik kerajaan , ramai sangat orang. Ambik hampir 3 jam gak la nak sampai turn. Dan aku lak dok tengok jam jer. Nak kena gi airport lepas solat Zuhur. Huhuhu..
Budak budak ni tak tau yang diorang bakal ditinggalkan selama beberapa hari. Sedih aku sebenarnya tapi apa nak buat.. Dah kerja ! hurmm..
Dalam kapal terbang , terasa rindu dah kat diorang. Kalau ikut hati aku , nak je aku kensel gi ! Huhuhu.. Tak sampai hati nak tinggalkan diorang. Kecik lagi gitu.. Zahra lak , dok mesra pelik je ngan aku. Seolah nak berebut kasih sayang ngan Aariz ! Hahahaha.
Sampai rumah mak aku.. aku call wife.. video call. Wife bagitau yang dia panggil Zahra untuk bercakap dengan aku.. tau apa dia jawab ?
“ Taaaaknakkkkk.. “.
Huhuh.. daddy cedeyyy.. huwaaa !!! Bawa diri ke Phuket esok. Gitulah perasaan seorang ayah. Nak tinggalkan anak anaknya kerana kerja , berat sungguh hati. Anak anak lak , tak sabar nak tinggalkan si ayah dan keluar bergumbira dengan kawan kawan.. Huhuh..
4 comments
kalau kita buat anak sebagai kawan, mesti dia takkan tinggalkan ayah dia dnegn kawan..huhu..kalau keluar pun ingat ayah..
BalasPadamResam hidup ben...
BalasPadamayat last tu,.. hmm.. sedih lak rasa. mcm tu ye perasaan ayah kita gak kot. ermm
BalasPadammemang sedih kalau nak tinggal anak² ni.. saya kalau nak pi kursus pun nangis masa nak tinggal diaorg..
BalasPadam