Geleng kepala tiap kali dia keluar sekolah !

by - April 06, 2021


Mak dia cakap... " Camana la rupa dia lak petang ni ? " sambil ketawa. Aku sengih je la. Anak dara aku sorang ni , memang lasak. Maklumlah, kawan dia kat rumah ni... 2 orang lelaki yang memang lasak walaupun nampak lembut. Hahahaha..

Anak tudung.. ada yang dah syorkan guna jenis gitu gini.. Contoh guna tudung Si Comel dan sebagainya. Belum lagi aku beli tapi ada la mak dia gi beli yang baru. Jenis ikat belakang. Masalahnya, tertarik di depan tu. Aku rasa dek kerana beg bekal dia tu la. Besar gedabak. Hahahaha.. Dah dia nak yang itu bawak gi sekolah. Boleh isi bekas makanan , sudu garfu. 

Setiap kali nak gi sekolah.. memang aku pening kepala nak ikat rambut dia. Risau jadi gini la. Kang mk dia cakap aku yang tak pandai ikat rambut. Walhal berkali kali aku betulkan rambut dia. Jadi jugak macam ni. Hahaha.. 

Tak kisah la. Asalkan tudung tu masih kat kepala dia. Dan dia nak pakai tudung. Malu katanya kalau tak pakai. Huhuh.. Nanti jumpa yang elok, belilah...
 

You May Also Like

2 comments