Tak payah pening kepala ! F&N Life kan ada !!

by - Rabu, April 28, 2021

Dok pikir.. beras memang aku beli. Barang dapur pun ! 

Aku buka aplikasi F&N Life kat handphone Samsung Note 20 Ultra 5G aku.  Pergh.. lengkap aku kasi tau nama henpon aku tu ha. Hahahaha... Jangan marah aaa.. Tapi syok la bukak  app F&N Life kat handphone skrin besar. Puas memilih gitu. Heeheheee... Tak pun boleh je bukak kat laptop. Lagi besar dan lebih puas untuk memilih barang.. Kan kan ?

Ok.. tujuan aku bukak aplikasi tu adalah untuk mencari barang barang keperluan berbuka puasa dan raya nanti. Yang mana boleh beli online , aku beli online jer. Yang takda, baru gi cari kat kedai terdekat. Kes Covid 19 naik semula. Aku nak kurangkan risiko pada diri sendiri dan keluarga. Maka inilah antara yang boleh aku buat..ketika ni. 

Lagi pun, banyak diskaun yang diberi. Ingat yer.. Kita cari diskaun...bukan kompaun yer ! Yang kompaun tu mintak dijauhkan.. yang diskaun tu, kita dekat dekatkan ! Cenggituuu.. 


Pek Kasih Ramadan aku pilih. Ada macam macam dalam pek bundle ni. Haaa ! Berbaloi. Dah jimat banyak woiiii ! Lagi pun aku beli ni untuk persediaan. Tak la urgent lagi. Boleh tunggu la dua tiga hari gitu.. 

Jumlah harga asal dalam RM66.80 tapi dek kerana dia kata SALE.. harga jadi RM44.40. Tu dia penjimatan yang aku dapat. Alang alang membeli.. aku terus order sekali untuk Syawal. Dapat sampul raya juga.  Lama betul tak layan air sirap ketika berbuka. Huhuh... Jika diletakkan susu sejat tu, dah jadi air bandung. Perghh.. Memori tul la F&N ni. Teringat zaman kanak kanak dulu.. huhuhu..




Masak Masak Raya Bundle pon ada potongan harga gak. Boleh dikatakan pek pek bundle yang ada sekarang di F&N Life tu ada potongan harga kaw kaw punya. Mana yang boleh kita jimat , kita jimat. Duit tu boleh simpan dalam tabung. Mana boleh guna untuk bayar roadtax kereta ke... duit makan malam ulangtahun perkahwinan ke.. kan ? Skit skit , lama lama banyak la. Hasil dari penjimatan kita berbelanja. 

Dalam Masak Masak Raya Bundle ni ada 9 jenis items. Dengan harga begitu dapat banyak barang. Perghh... Berbaloi gitu.





Ok.. dah order. Tunggu sampai depan rumah 3-4 hari nanti. Senang je bila dah register dengan aplikasi ni. Pilih dan bayar. Tunggu dan makan jer pastu ! Hahahha.. Tak payah nak pening kepala beratur panjang di kedai atau pasaraya. 


Maklumat lanjut :  Facebook : F&N | Instagram : F&N 
 

You May Also Like

4 comments

  1. dah install app ni. mmg mudah nak guna

    BalasPadam
  2. Tengah pilih-pilih lagi ni set mana nak tambah..

    BalasPadam
  3. Bagusnya F&N Life ni sebab ia sangat memudahkan kita untuk hantar bekalan atau jadikan hadiah pada yang tersayang nun jauh disana.

    BalasPadam