Aariz merajuk ! Tak nak mandi kolam. Ini je caranya...

by - April 12, 2021


Adoilahh.. padahal dia yang paling beria nak mandi kolam setiap kali berada di hotel. Best katanya. Walaupun tak berenang , dapat main air pon dah ok... Tapi , aku risau gak la setiap kali diorang berada di kolam renang ni. Walaupun Qhaliff dan Zahra dah belajar, tapi diorang masih tak mahir sama sekali. Dah lupa segala skill dek kerana lama tak gi kelas. Puncanya.. korang pun tau..

Nasib baik kali ni, aku dah ready. Awal awal lagi dah pesan. Bila wife masuk ke bilik kursus, aku bawak budak budak ni ke kolam renang dengan Sauf Vest ni.  Bila ada vest ni, baru aku confident nak lepas diorang di kolam yang agak dalam tu sedikit.. tapi aku tetap memantau mereka ! 

Lama dah diorang guna SaufVest ni. Dari tahun 2016 lagi. Ketika tu, diorang pakai agak besar sedikit. Sekarang ni, dah muat muat dah. Tak lama lagi, tak leh pakai dah. Huhuh.. Kena bagi kat adik diorang lak. Eh, adik mana lak tu ? Hahahaha.. 





Zahra dah berani masuk tapi masih takut takut. Nak aku ada baru dia berani ke tengah. Qhaliff ? Huhuh.. dah over berani. Yakin dia dengan SaufVest tu. Masa belajar berenang dulu pun , dia dah ok. Ni skill mengayuh dah berterabur.. Huhuh.. 

Aku.. pandai berenang tak ? Sejujurnya.. aku memang pandai. Dulu aku wakil Malaysia untuk Sukan SEA.. tapi ada satu kejadian tu.. buat segalanya berakhir pada aku. Kepala aku terhantuk pada dumbell.. terus aku terlupa skill berenang. Nak tak nak.. aku pun kena ada SaufVest gak. Begitulah adanya.. 



 

You May Also Like

2 comments