Guna aplikasi F&N Life untuk mudahkan aktiviti harian..

by - April 25, 2021

Alhamdulillah... sampai dah pesanan aku. 2 hari lepas buat pesanan secara online melalui  aplikasi F&N Life , aku dapat mesej di Whatsapp yang mana pesanan akan dihantar esok harinya. Wah, teruja aku. Walaupun boleh je aku nak gi beli di pasaraya tapi aku taknak ! Hahaha.. Kes Covid 19 meninggi semula. Risau ngan anak anak. Maka buat je belian secara online. Mana yang boleh elakkan, aku elakkan. Gitulah.

Download aplikasi F&N Life dan godek la apa yang boleh dibeli. Sekarang ni ada kempen Keberkatan Plus Plus. Beli secara online ni banyak kelebihan. Dapat point atau kumpul mata yang mana boleh ditebus semula kemudian. 

Ok.. apa yang aku beli ? Sempena bulan Ramadan yang mulia ni , aku nak perbanyakkan sedekah. Nak amik keberkatan sementara aku berkemampuan dan berkeupayaan. Huhuhu.. Aku beli Hidrat Ramadan Bundle. Dalam tu ada 12 botol air 100 Plus. Tujuan aku, nak kasi pada adik beradik , kawan kawan dan jiran aku yang aktif orangnya. Huhuh.. Berbaloi la kan ? 



Kenapa perlu muat turun aplikasi F&N Life ni ?

Aku dapati aplikasi memudahkan kehidupan mereka yang macam aku. Ada orang puashati bila membeli di pasaraya tapi aku tak lak. Jika aku ke sana , aku akan beli macam macam termasuklah makanan yang tak perlu sama sekali ! Dah jadi pembaziran.. kan ? Simpan dalam almari.. lama lama rosak gitu jer..

Kemudian , ada beberapa set bundle yang sesuai untuk keluarga seperti Pek Kasih Ramadan , Pek Kasih Raya. Yang Pek Kasih Ramadan tu, bagus untuk persediaan berbuka puasa dan juga sahur manakala Pek Kasih Raya tu , persediaan untuk menyambut raya. Masak Masak Raya Bundle pun bagus. Tak yah nak pikir banyak dah di pasaraya. Semua ada kat situ. 

Antara produk produk yang boleh didapati di aplikasi ini ialah 100 Plus , F&N , Seasons, Oyoshi Green Tea, Teapot, Ice Mountain, Sunkist, F&N Fruit Tree , FarmHouse ,  F&N Magnolia dan Susu Sejat F&N. 

Yang paling penting, MEJIMATKAN ! Nah... kan bagus dah tu ! Dari segi masa dan wang, dah menguntungkan. 




 


F&N
Cara nak guna aplikasi ni , mudah jer. 
  1. Download di SINI 
  2. Daftar dan isi butiran peribadi. 
  3. Buat pengesahan di email. 
  4. Pilih dan bayar. 
  5. Siap ! 
Mudah je kan ? Haaa... kenapa nak susahkan diri.. Kalau ada masalah, boleh je tanya terus pada mereka melalui Live Chat.

Info lanjut , sila ke : 
Facebook : F&N 
Instagram : F&N 




You May Also Like

2 comments

  1. mudah sangat , aku pun dah download sebab ada yang produk takder jual dipasaran macam air perasa bandung...sedapppp sangatt

    BalasPadam
  2. Ya mudah dan banyak jimat.Banyak boleh beli. Buat stok raya dah

    BalasPadam