Cuaca terik ? Buat cermin mat macam aku guna ni jer.. Mudah !

by - Jumaat, April 02, 2021

Nasib baik aku dah bersedia dari dulu. Sejak aku tahu yang ada kedai cermin mata boleh bikin cermin mata kegemaran aku siap ada power ( maaf , bahasa mudah faham ) , aku buat beberapa jenis. Selain dapat elakkan mata pedih dek mentari , dapat gak bergaya di depan kamera ! 

Minggu lepas , gi Bagan Lalang. Terik betul la matahari. Cantik tu memang cantik suasana. Tapi dengan aku yang punya masalah silau ni , nak tengok suasana dalam keadaan begitu.. memang payah sedikit. Terpaksa kecikkan mata , baru nampak dunia. Tu belum masalah rabun. ! Silau dan rabun. Pakej !! Arghh..

Aku tau. korang pun dah begitu sebab korang rajin tengok handphone. Dengan yang main game, yang buat kerja online.. memang akan buat mata penat dan boleh rosakkan mata jika berterusan untuk jangka masa yang lama. 

Kalau nak guna cermin mata yang tukar gelap, boleh je tapi nak jumpa bingkai atau frame yang menarik payah. Kalau ada pun harga dia.. gulp ! Macam yang aku pakai ni, bingkai atau frame Adidas yang boleh pakai dalam pelbagai keadaan tapi lama kelamaan jadi boring ! Hahaha.. Bila nak bergambar, boring je tengok. Kan kan ?

Maka aku guna dua jenis. Satu yang plastik lasak cam Adidas ni dan juga Rayban. Rayban ni sesuai sungguh situasi bergaya gitu. Hehehe.. Kena la ngan aku. Harga pun ok. Kalau duit banyak , boleh amik jenama lain. Yang penting , cermin dia tu. Ada power !

Guna kanta lekap ? Er... kalau orang yang punya masalah mata cam aku .. memang tak boleh guna kanta lekap ! Lagi pun aku suka lagi guna cermin mata berbanding kanta lekap. Risau lak aku nanti guna kanta lekap , aku guna warna biru atau hijau. Bukan kena gelak tapi ada yang tergoda lak nanti. Penat dah aku nak layan segala DM atau PM... Hahahaha.. 

Ok..ok... Sejujurnya, cermin mata yang aku buat gini, memang menyelamatkan aku tak kira waktu.. Panas, hujan.. siang atau malam ! Kekadang di rumah pun aku guna bila tengok tv atau tengok handphone. Segalanya sebab silau ! 






Risau nak buat cermin mata dek kerana Covid 19 ? SOP ke laut ? Kebersihan ? Orang ramai ? Lokasi hot spot ? Hurm.. Sejak dari awal Covid 19 menyerang Malaysia , kedai cermin mata yang aku pergi ni , takda lagi isu dengan jangkitan. Sesungguhnya mereka amat menitik beratkan SOP yang diarahkan. Tak kira la kau kayangan atau tidak , kau kena ikut ! Kalau tidak , mereka sendiri akan terima kesannya.

Ramai dah kawan kawan aku gi buat kat sini. Mula mula seorang. Kemudian ajak isteri dan anak. Buat pakej famili. Lagi mudah nak mintak diskaun. Hehehe.. Dan nak lagi mudah , korang nyatakan je bajet yang korang nak. Nanti diorang syorkan yang sesuai. Jangan risau bab harga tersembunyi. Aku memang serik dah nak gi kedai kedai berjenama.. 

Kalau korang ada bajet banyak , boleh je cakap nak yang bagus bagus punya frame dan juga cermin. Ada je bingkai gempak gempak kat sana. Puashati punya. Bila gi sana , terus je cari Mr. June. Cakap je korang tau dari blog Ben Ashaari. Senang nak cerita nanti. 

Oh.. cermin mata cam aku guna ni.. dia ada tone warna. Atas warna dan bawah putih. Jika memandu dalam cuaca gelap, cuma perlu dongak je sedikit.. nampak dah cerah seperti biasa... tapi ada power ! Haa, kan senang ! Tak payah nak tukar tukar spek atau risau kalau cermin mata biasa tertinggal di rumah. Tu yang biasa terjadi, kan ? 




Eyes Vision.. senantiasa jadi pilihan ramai ! 

Alamat Eyes Vision Group : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
Whatsapp :  Mr. Jun ( 016 3636464


You May Also Like

1 comments

  1. nampak gayanya kena pi cari juga nie... tunggu lah boleh rentas negeri nti

    BalasPadam