Tewas dengan zikir Tasbih Fatimah

by - Isnin, April 19, 2021


Setiap malam.. 

Memang masing masing liat nak tidur. Pakat main bergurau bagai. Jenuh dah suruh. Adeh.. Kekadang nak jadi Hulk pun ada ! Akhrinya... Guna buah terakhir ! Buah ni memang selalu digunakan bila nak tidurkan diorang dalam buaian. Nampaknya , sangat berkesan. Nasib baik jaga mereka dari kecil lagi. Huhuh.. 

Aku berZikir Tasbih Fatimah. Orang pertama tewas ialah Aariz ! Dia akan terus tutup mata dan lena. Diikuti dengan Zahra. Cuma Zahra ni macam perangai aku dulu dulu la. Nak tidur kena ajak berborak bagai. Tau tau lena. Qhaliff ? Tak yah citer la. Dia ikut perangai mak dia. Jumpa je bantal.. lena terus ! Tiada maaf bagimu dah. 

Aariz ni... dia paling nak layan Zikir Tasbih Fatimah ni... 

" Daddy.. nak Allahuakbar ! " Kalau pasang lagu lain bagai.. atau alunan Al-Quran.. memang tak tidur. Aktif bagai... kekal bersemangat ! Huhuh..

Ok la kan ? Dari mintak pasang lagu raya... Heee..


 

You May Also Like

1 comments