Bila anak anak kena gigit semut , nyamuk.. aku guna ni jer !

by - Khamis, April 08, 2021


Ketika aku dok siapkan Zahra, aku perasan dia dok mengaru kaki dia. Aku biarkan je memula. Kemudian dia cakap kat aku , kaki dia gatal. Aku tengok la. Dah merah ! Bengkak dek kerana mengaru tu. Kalau di biarkan , memang akan melecet dan serterusnya luka la. Pastu berparut. Haish.. Sian dia parut sana sini. 

Terus aku ke dapur. Cari Azyma Care. Gel mandian ni , memang aku cukup suka. Bukan sebab wangi jer tapi jika aku dok mengaru gatal sana sini , memang aku guna ni je. Aku picit sepam.. pastu sapukan je kat tempat gatal tu. Biarkan beberapa minit. Kemudian bilas. InshaAllah , gatal tu akan hilang. Kalau datang semula gatal tu pun sebab kita gi saja saja usik tempat gatal tu. Sapulah lagi.. Hee.. 

Dan.. lega aku tengok dia dah tak mengaru dan pergi ke sekolah dengan gembiranya. Hahahaha.. Cam citer kayangan lak. 


Aku lak... memang lepas gym guna Azyma Care ni. Elak dari jerawat badan naik dan juga nak tidur lena pastu. Huhuh.. Maklumlah, lepas workout , penat dia lain macam sampai tak leh nak tidur. Bila badan dah segar dek kerana  bauan bunga dari Azyma Care ni , baru syok tidur. 

Anak anak pun suka je mandi dengan Azyma Care ni. Sebab tu aku standby banyak stok kat rumah. Aku dengan masalah gatal gatal badan. Tak tau la dari mana punca. Mungkin debu debu kat gym tu ha.. atau kat rumah ni.. Payah nak cakap tapi yang aku tau. memang gatal la lengan dan kaki.. Abis berparut ! Nasib baik hensem tu masih ada. Huhuh.. 





4 kotak. 2 kotak nanti... nak kasi mak aku. Dia tu pun masalah dengan kulit gak tu. Alergik ! Dia pun memang mintak aku bekalkan Azyma Care. Kalau tidak , asyik makan ubat je kalau gatal tu datang menjengah. 


 

You May Also Like

4 comments