Drama Ayahanda berjaya bikin airmata aku menitis jua akhirnya !

by - Sabtu, Julai 31, 2021

 " Seorang bapa boleh memahami perasaan 4 orang anak 
tapi amat malang 4 orang anak tak boleh memahami perasaan 
seorang bapa"
- Ayahanda genap 70 tahun. 



Menitis air mata jantan aku ! Antara sedih, pilu dan gembira ! Eceh.. gembira pasai apa lak ni ? Sebab Aziz kawin dua ?? Hehehe.. Tak de la.. Tapi gitulah dia. Hikmah disebalik apa yang terjadi , hanya DIA saja mengetahui. AllahuAkhbar ! 

Aku tak baca novelnya lagi. Bagi yang dah baca mungkin dah tahu apa yang terjadi. Dan aku baru tahu drama ni berdasarkan kisah benar ? Sebab di akhir drama ni ada menunjukkan watak sebenar termasuklah Aziz. Er, penulis sendiri ? Huhuh.. 

Pelakon pelakon dalam drama ni cukup mantap. Pengarah pun dah memang cukup padu. Memang menjadi sungguh la drama ni ! Terbaik ! Boleh sapu bersih anugerah ni ! Huhuh...  Yang pasti, akhirnya wife aku tak terkata apa apa berbanding episod sebelum ni yang asyik nak bertekak dengan aku. Hahaha.. Ni semua salah Aziz ! Hahahah.. Tak pasal pasal aku lak yang kena. 


Teringat arwah ayah aku. Dia tak pernah ucap perkataan bangga terhadap aku. Aku sendiri pun tidak pernah membuatkan dia bangga walaupun berusaha berkali kali. Tiap kali aku hampakan dia, pasti aku menangis sendirian. Kecewa..putus asa. Tapi arwah tak pernah putus asa pada aku. Apa saja aku nak buat terutama melibatkan masa depan , dia beri sokongan. Dia cuma nak tengok anak anak dia menjadi manusia jer.. Huhuh.. 

Al-Fatehah buat ayahku, Ashaari bin Khalid

" Wahai Allah, ampunilah dan rahmatilah, bebaskanlah, lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih dan sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan seperti baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke surga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnahnya, dan siksa api neraka." 

You May Also Like

0 comments