Lain yang diminta , lain pulak yang dapat !

by - Julai 01, 2021


Sebulan yang cukup sia sia ! Anak anak di dalam rumah dah cukup stress ! Sebulan lebih tak keluar rumah. Sesekali je main air di depan rumah. Nasib baik rumah aku ada halaman. Bayangkan mereka yang tinggal di rumah pangsa atau kondomium tu ! Allahu Akhbar. Sian anak anak.

Ingatkan PKP 3.0 mampu turunkan kes tapi macam tak beri impak. Puncanya ? Hurm.. Penat otak. Semalam aku burnt out ! Terasa muka tegang lain macam. Lepas telan panadol sebijik baru terasa lega. Tidur awal.. bangun tidur , terasa lega sangat ! 

14 hari kena duduk rumah ! Tak boleh keluar bersenam. Ko rasa ??? Dah la amik angin pagi pagi ni sangat beri kesan positif pada minda.. sekarang dah tak boleh ? Kena amik dari depan rumah jer. Panjat pagar ? Aduh.. 




Nasib baik boleh keluar untuk beli barang keperluan. Tapi sejujurnya.. nak keluar gi kedai pun menakutkan aku dah. Entah la...  Hanya mampu tadah tangan berdoa pada Allah. Berikan yang terbaik buat Malaysia yang tercinta dan buat mereka yang ada kuasa tu.. semoga Allah ..hurm.. tak sampai hati nak doakan yang buruk untuk mereka.. Biarlah Allah membalasnya. 

Esok nak gi cucuk dos kedua. Doakan aku selamat pergi dan balik. Dan takda kesan sampingan buat aku. Huhuh..

You May Also Like

4 comments

  1. Sejujurnya aku takut juga nak kena cucuk vaksin ni... Ada yang mati ada yang tak boleh jalan... Tapi fikir positive jelah...

    BalasPadam
  2. Terkejut dan sedih juga sebab kes semakin meningkat.
    Semoga dipermudahkan suntikan kedua dan terakhir.

    BalasPadam
  3. saya pun dah burnt out jugak. tapi tenangkan hati dengan 'be happy'. Kalau banyak fikir dan stress pun tak guna juga

    BalasPadam
  4. allahuakhbar..semoga semua ni cepat berakhir. kesian pd anak2 stress duduk rumah shj

    BalasPadam