Di 'serang panik'kah aku ??

by - Jumaat, Julai 23, 2021

Beberapa hari aku tak keluar rumah. Tak 'brisk walk' dek kerana kenaikan kes di kawasan berhampiran tempat aku tinggal ni. Nak keluar, wife tak kasi. Hurm.. aku faham. Demi keluarga tercinta ! Aku tunggu lagi beberapa hari. Setiap hari aku tengok di Selangkah dan MySejahtera.. periksa kawasan berhampiran dan adakah tempat aku dalam zon selamat ? 

Ketika awal awal sebelum berlakunya PKPD , kes di tempat aku ( dalam radius 1km ) tak tinggi pun.. dalam 1 digit je kes. Tapi bila dibuat saringan bersasar.. naik hingga 2 digit. Tapi tak pelik la sebab kawasan aku ni banyak tempat pembinaan dan juga pekerja kilang. 



Bila dah tak dapat keluar rumah.. bangun awal pagi , nak bersenam pun.. lama lama jadi tepu ! Nak kena hirup udara segar ! Penting ok udara segar ni untuk diri kita ! Aircond tu tak sesegar udara di pagi hari ! Haaa...

Kenapa penting ? Nah.. aku kasi 5 sebab !  
  1. Mengurangkan tekanan perasaan atau stress
  2. Menormalkan tekanan darah 
  3. Menguatkan sistem imunisasi
  4. Untuk kesihatan paru-paru 
  5. Memberi tenaga 
Bila aku tak dapat buat semua ni, memang betullah apa yang belaku pada aku. Tekanan darah aku naik sedikit. Aku jadi sedikit tertekan. Anak anak datang bermain pun aku nak marah je kerja ! Walhal benda kecik je pun. Pastu serabut dengan isu Covid 19 ni. Sampaikan nak keluar depan rumah pun jadi takut. Asal bercakap dengan orang sedikit , aku terus berfikiran .. "Alamak, aku tadi tutup betul ke ? Selamata ke ? " Allahuakhbar.. sampai gitu sekali ! 

Ditambahkan lagi dengan hari hari ada je posting dari kenalan melibatkan adik beradik, saudara mara.. kenalan.. dijangkiti Covid 19. Aku rasa makin tertekan. Bukan sebab takut kena tapi terlalu sedih. Terlalu pilu. Pastu tengok lak posting rakan rakan yang tak ikut SOP bila berada di luar .. buat aku tertanya.. MENGAPA BENGAP SANGAT ??? Pastu bila dah positif, kau post ayat ayat sedih walhal sebelum tu punya bergembira tak ikut SOP ! Kenapa ??? 

Dan paling ketara.. 2 hari ni jantung aku berdegup kencang lain macam ! Selera makan pun kurang. Apakah aku alami panic attack atau serangan panik ? Apa yang patut aku buat ? 

Tanda-tanda serangan panik (panic attack).
  1.  Jantung berdebar
  2.  Rasa tercekik
  3.  Berpeluh
  4.  Rasa loya
  5.  Rasa spt terpisah dr realiti
  6.  Tangan menggeletar
  7.  Sesak nafas
  8.  Pening kepala
  9.  Kebas tangan
  10.  Takut akan mati
  11.  Takut diri hilang kawalan.



Apa yang aku buat ??? Pertama.. aku jauhi diri dari media sosial ! Bukan tak amik tahu tapi kurangkan. Amik bahagian bahagian penting jer. Kemudian aku penatkan diri aku dengan bersenam awal pagi dan petang hari. Tidur awal di malam hari. Dan aku jaga pemakanan ! Ni penting. Cari makanan yang boleh hilangkan stress ! Aku minum whey protein pagi hari. Terasa lain sikit perasaan lepas tu. Bertenaga dan bersemangat ! 

Dan malam,  aku layan drama Melayu yang bikin aku tak fikir banyak ! Hahahaa.. Antara drama yang aku ikut sekarang ialah Ayahanda dan Mata Ke 3. Ayahanda , pelakon dia best best ! Ada  Jalil Hamid, Ogy.. memang padu la drama adaptasi novel popular ni. Ditambah dengan  lagu intro dari Awie , yang cukup kena dengan drama ni.. membuatkan lagi aku jadi penonton setia.  Manakala drama Mata ke 3 yang baru bersiaran di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis ni pun adaptasi dari novel popular ! Bukan calang calang penulisnya. Automatik aku malas nak pikir dah hal lain lain. Yang penting , aku dan keluarga aku jaga SOP dengan sebaiknya. InshaAllah. 



Penat nak fikir orang... penat nak nasihatkan orang.. Aku jaga diri aku dan keluarga aku je la..

You May Also Like

2 comments

  1. KITA JAGA KITA #semogasemua selamat daripada serangan COVID 19

    BalasPadam
  2. Tengok angka kes pun dah buat hati berdebar-debar.

    BalasPadam