Apakah kesan sampingan pengambilan vaksin Covid 19 ?

by - Sabtu, Julai 03, 2021

Seperti yang dinyatakan dalam kad temujanji, aku hadir ke klinik kesihatan tepat pada masanya. Lepas Subuh , aku terus keluar dari rumah. Tapi aku lewat skit bangun. Nasib baik mak aku kejutkan aku bangun dari tidur ! Hahahaha.. Dia kejut aku dalam mimpi ! Aku ingat lagi mimpi aku tu..

Muka mak aku.. dia kata kat aku.. " Hang kata hang nak pi amik vaksin hari ni ? ". Terus terjaga aku. Adeh.. tengok jam dah pukul 6 pagi.  Hehehe... Apa pun tak siap lagi. Wife aku dah bangun awal. Sediakan sarapan pagi. 

Siap bawa bekal dalam kereta. Sambil memandu, aku makan. Di Sekatan Jalan Raya, ditahan.. tanya ke mana.. tunjuk MySejahtera. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku dan lindungi aku dalam perjalanan pergi dan pulang. 

Sejujurnya.. hehee.. mesti ada 'sejujurnya' dalam entri blog aku ni.. haha.. sejujurnya aku takut nak pergi sebab risau pening kepala selepas terima vaksin. Pastu tak boleh nak memandu pulang. Huhuh.. Aku ketika memandu pulang , aku takut aku pening. Tapi aku tawakal je la.. Pergi sorang sorang. Awalnya dulu rancang nak dapatkan surat pelepasan dari PDRM tapi cam.. tak pe la.. inshaAllah aku boleh uruskan.

Di klinik, ada beberapa orang dah menunggu. Belum ramai lagi. Ketika nak amik dos pertama dulu pun laju je pengerakkan. Cuma yang kedua ni tak perlu nak register bagai. Tunjuk je kad temujanji dan tunggu nama dipanggil. 

Kerusi disediakan. Aku tak nak duduk. Berikan pada golongan warga emas. Aku berdiri. Nama aku dipanggil. Gementar tiada lagi.Tidak seperti masa dos pertama. Aku masuk ke tempat suntik. Tak nak amik gambar atau video. Biarlah mereka buat kerja dengan tenang tanpa gangguan. Tapi nurse yang uruskan aku tu lak malu malu. Hahaha.. Adoilah. Nak cerita lebih tak leh.. bini baca blog aku ni. Biarlah jadi memori untuk aku. Eh.. hahahahah ! Alhamdulillah.. mereka profesional dan pantas buat kerja. Aku dalam klinik tu pun tak sampai setengah jam. Lengkap dengan face shield dan guna face mask KN95. Moga dilindungi dan melindungi insan lain. 




Selepas disuntik.. aku diminta duduk situ dulu. Kena tunggu 15 minit. Kemudian dipanggil untuk soaljawab kesihatan. Takda masalah sampingan sementara. Ada tu ada.. tapi biarlah jelah aku yang tahu. Hahaha... Pastu aku terus pulang ke rumah. Sejam perjalanan memandu. Di rumah.. beberapa jam kemudian baru aku terasa lenguh di bahu. Leher aku terasa lenguh sangat. Lutut aku terasa cam kebas kebas. Di bahagian sendi aku yang ada masalah sebelum ni, terasa lenguh sangat. 

Petang lepas Asar.. aku mengantuk sangat. Tapi sebelum tu, nafsu makan membuak buak. Asyik nak makan jer. Aku makan je la. Tak yah nak kawal sangat hari ni kecuali aku elakkan makan durian. Buah buahan lain , ok je aku makan. 

Yang merisaukan aku ialah malam hari. Ketika tidur ! Masa dos pertama , jantung aku berdegup kencang masa tidur. Memang terasa la kelainan.  Kali ni aku monitor segalanya. Tekanan darah paling utama. 

Alhamdulillah.. malam pertama ok. 



Aku tidur pun nyenyak walaupun tidur lewat.  Bangun pagi.. takda pening. Mood baik. Aku buat pemeriksaan kendiri.  Dan Alhamdulillah... semuanya normal. 




Dah dapat sijil vaksin. Tapi tu bukan tujuan utama aku. Tujuan utama aku ialah nak bantu putuskan rantaian Covid 19 di Malaysia dan seterusnya menghidupkan kembali ekonomi negara kita. Kesian pada rakan rakan kita yang terjejas teruk dek kerana gelombang terbaru ni. 

Satu je aku nak pesan buat rakan rakan yang nak amik vaksin ni..jaga makan dan jaga kesihatan. Yang dah daftar dan tunggu masa tu, teruskan jaga kesihatan dan aku doakan moga korang cepat lengkap dua dos seterusnya dalam membantu lindungi keluarga dan masyarakat sekeliling kita. 

Dan teruskan patuhi SOP yer.. Jangan ingat dah MERDEKA ! NOPE ! Selagi dunia tak bebas dari Covid 19 , kita senantiasa terancam ! 

 

You May Also Like

0 comments