Aku hilangkan stress dengan wangian Bakhoor ini !

by - Isnin, Julai 26, 2021


Alhamdulillah...Dua malam lena sangat sangat dah ! Sebelum ni pun memang lena tapi lena aku tak panjang dan mudah terganggu je tidur aku. Tapi sejak aku berbukhoor sebelum tidur, memang damai jer. Hahaha.. Sampai masa , automatik aku tidur. Tak kira kat Netflix tu cerita best ke tak ! Tidur tetap aku tidur ! Awal lak tu. Berbaloi..

Paling penting, gemuruh atau rasa gementar aku hilang sama sekali. Gementar dek kerana tengok angka Covid 19 di Malaysia naik macam tak reti reti nak turun dah ! Haaa ! Dok pikir la apa nak jadi dan macam macam la. Ditambah lak bila wife diarahkan kembali ke pejabat. Adehh.. Penat nak pikir semua tu.. aku nyalakan je Bukhoor ni. Terus tenang je rasa dengan bauan dari kayu gaharu ni. Huhuh..  

Kalau awal pagi, bauan kesegaran  subuh hari atau bauan selepas hujan amatlah mendamaikan. Anugerah Allah. Memang tenang je bila brisk walk di pagi hari. Tekanan darah memang turun. Tapi kalau malam hari ? Haaa.. ni je la antara cara yang ada bagi aku.

Dah lama dah aku nak guna cara berbukhoor ni. Kata orang bagus dan banyak manfaat. Kena lak bauan dia tu macam terasa di dalam masjid jer. Bagi yang pernah ke Mekah atau Madinah , mesti akan terasa kerinduan sangat sangat dek kerana teringat wangian bauan Bakhoor ni. 






Tahukah anda bahawa Gaharu adalah antara 5 perkara di Syurga yang Allah turunkan ke bumi? Hebat bukan? Rugi jika kita tidak menggunakan ia dalam kehidupan seharian kita.  Gaharu juga ada disebut dalam hadis Nabi Rasulullah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiyallahu Anhu:

 "Sesungguh perubatan yang paling baik untuk kamu buat ianya Al-Hijamah (berbekam) dan kayu gaharu" Sahih Al-Bukhari Hadis No.5696

Jom kita kenali lebih dekat berkenaan dengan gaharu ini :
  1. MINDA -  Gaharu adalah terapi minda yang sangat berkesan. Sangat baik untuk mengurangkan stress, depresi dan anxiety yang kerap di hadapi oleh pelbagai golongan masa kini Fikiran yang tenang akan memberikan emosi yang lebih stabil kepada kita. Penggunaan gaharu secara berterusan mampu menstabilkan emosi. Ia membangkitkan aura positif dan rasa gembira bagi menghadapi hari-hari yang sukar 
  2. FIZIKAL -  Gaharu memberikan banyak kesan-kesan positif kepada tubuh badan Berkhasiat melegakan sakit perut, paru-paru, trakea, dan kanser Selain itu : *Menghilangkan debaran jantung * Menghilangkan sesak nafas dan melegakan LELAH (asma) * Menyedarkan orang pengsan * Memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh * Menghilangkan rasa gementar * Menghilangkan rasa sejuk tubuh 
  3. PERUBATAN ALTERNATIF Minyak gaharu juga sangat sinonim dengan perubatan alternatif yang berkaitan dengan jin/syaitan/makhluk halus. Ini bukan cerita mistik, tapi itulah fungsi hebat gaharu Sifat gaharu yang wangi itu sendiri tidak disukai oleh makhluk2 halus ini Kelebihan Gaharu telah disebutkan dalam hadis-hadis Nabi sejak beribu tahun dahulu. Pilihan ditangan kita untuk menggunakannya atau pun tidak "Ummu Qais berkata; "Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; Engkau kena berubat dengan kayu hindi ini (Kayu Gaharu) kerana ianya mengandungi 7 cara perubatan iaitu; dengan cara dihirup melalui hidung dan dimasukkan ke dalam mulut". Sahih Al-Bukhari Hadis No.5692/5713/5718 dan sahih Muslim Hadis No.2214

Bukhoor? Apa pula yang dimaksudkan dengan dengan Bukhoor?  Berbukhoor itu sebenarnya adalah amalan Sunnah. Biasa di pasang di rumah-rumah , majlis zikir dan mawlid. Selalu tengok kan ? Bekasnya pula kita panggil Mabkhar dan pelbagai jenis. Lepas kita bakar arang kita boleh tabur wangian yang kita pilih dan  pastinya harum serumah. Sebaik baiknya pilihlah wangian daripada Gaharu Asli 100%. Gunalah apa yang Rasulullah S.A.W guna. 

Okay sambung, selain kita dapat pahala menghidupkan Sunnah di rumah, ada beberapa kebaikan Bukhoor. Antaranya adalah jin sangat tak suka dengan bauan wangi Bukhoor. Jangan salah sangka, walaupun kemenyan sinonim dengan sihir dan tok bomoh kerana asap adalah makanan jin. Tetapi! Bukhoor adalah 100% sebaliknya. Bukhoor adalah asap wangi dari kayu yang dibakar. Jika baru tahu, ucaplah Alhamdulillah. Orang kata 'tak kenal maka tak cinta'. Dah tahu jom kita mula amal dan kenalkan keluarga dengan sunnah Rasulullah S.A.W  (Allahumma Solli 'Aala Sayyiduna Muhammad)

Kelebihan membakar bakhoor  ?

Membakar bakhoor adalah amalan para ulamak dahulu dan didapati dapat meningkatkan daya ingatan. Antara khasiat yang telah dihebahkan didalam kitab: *Al Risalatil Nadirah Fil Attur al Fakhirah* Karangan Oleh: Syedi Abdulqadir bin Qazi Habibullah Manuscript: Hiraaz, Yemen

  • ⚜️Bakhoor mewujudkan suasana yang aman, tenang, menyegarkan, menaikkan semangat & inspirasi 
  • ⚜️Bakhoor membuka satu fikiran kepada kerohanian & mengalihkan dari kekotoran duniawi 
  • ⚜️Bakhoor membangkit minda dan memberikan rehat minda ketika sibuk. 
  • ⚜️Umur tidak menjejaskan keberkesanan Bakhoor & penggunaan lazimnya tidak menyebabkan bahaya 
  • ⚜️Membakar Bakhoor adalah satu aktiviti yang menenangkan & menaikkan semangat dalam dirinya 
  • ⚜️Bakhoor adalah haemostatic yang baik, antiseptik dan agen penyembuhan yang baik 
  • ⚜️Bakhoor menghalau berniat jahat & menyedihkan kuasa psikik 
  • ⚜️Bakhoor apabila digunakan dengan kerap boleh meningkatkan memori.

Kalau korang dok stress , korang boleh guna cara bukhoor ni  untuk elakkan  stress dari berterusan. Tak bagus untuk kita berterusan dengan stress begini. Yer, semua orang risau dan takut. Tapi kita kena redha yang ini adalah ujian dariNYA. Kita jaga SOP. Pastikan tangan senantiasa bersih. Elakkan keluar dari rumah jika tiada kepentingan. InshaAllah...

Ok.. kalau korang berminat nak tau dengan lebih lanjut mengenai Bakhoor ni, korang boleh ke : 

Semoga Bermanfaat ! 

You May Also Like

1 comments

  1. Aku punya baru sampai gak semalam, belum test lagi.. tu pun kawan rekemen, so nak cuba laa guna di siang hari.. malam dah pakai EO..

    BalasPadam