Umat Islam Disaran Berhati-Hati Dengan Ajaran Qadiani !

by - Khamis, Julai 08, 2021

 


Terkedu ! Sejak akhir akhir ni , banyak je ajaran sesat muncul. Tu yang kecil kecil punya. Yang dah berkembang pesat ? Fuh.. bahaya betul jika tidak dibendung. Merisaukan jika anak cucu kita jadi mangsa mereka yang bijak mengambil kesempatan atas kelalaian , kelemahan dan juga kecuaian. Maka sebaiknya kita dan mereka yang bijak pandai bendung masalah ini sebelum menjadi barah dalam negara kita. 

Jom baca mengenai Qadiani , salah satu ajaran sesat di negara kita. 

AJARAN Qadiani atau Ahmadiah berasal dari India. Ia diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam Murtadha bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian, berhampiran kota Amritsar, Punjab. Ajaran ini diasaskan pada tahun 1889 di Malaysia dan dipercayai bertapak pada tahun 1930 di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor, Selangor.

Gerakan Qadiani turut dikenali sebagai Ahmadiyah, Ahmadi atau Ahmadiyyat yang pada asasnya berpegang kepada kepercayaan bahawa ajaran Mirza adalah ajaran yang sebenar. Terdapat pelbagai penyelewengan yang dapat dikesan dalam ajaran Qadiani. Antaranya adalah dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dirinya sebagai Nabi yang menerima wahyu.



Mengapa Ajaran Qadiani Diisytiharkan Sesat?

1. Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya sebagai Nabi yang menerima wahyu. Katanya : 

" Demi Allah yang nyawa saya di tanganNya. Dialah yang telah mengutus dan menamakan saya Nabi dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti,".

2. Mirza Ghulam Ahmad juga mendakwa dirinya sebagai Isa al-Masih selepas didesak oleh orang kanannya dengan tujuan menguatkan ajaran dan keyakinan pengikutnya.

3. Mirza Ghulam Ahmad mengatakan bahawa Nabi Isa benar-benar dibunuh dan bukannya diangkat ke langit oleh Allah dan orang yang mati tidak mungkin akan hidup ke dunia lagi.

4. Mirza Ghulam Ahmad juga mendakwa dirinya mempunyai Mukjizat. Katanya :

"Nabi Allah itu telah mewujudkan tiga ribu mukjizat dan saya melebihi dari satu juta"

"Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya,".

5. Mirza Ghulam Ahmad juga mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi selepas mengaku dirinya sebagai Mujaddid.

6. Mirza Ghulam Ahmad turut menafikan konsep jihad.

"Jihad dengan pedang telah dilarang. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah. Sekarang jihad untuk agama telah diharamkan. Pada pendapat saya, tiada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad. Saya menghabiskan sebahagian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad,".

7. Mirza Ghulam Ahmad turut melakukan tahrif Al-Quran iaitu mengubah ayat-ayat suci Al-Quran mengikut kehendaknya sendiri agar bertepatan dengan dakwaan-dakwaannya. 

8. Malaikat sebagai pancaindera tuhan.


Disebabkan dakwaan-dakwaan itu, Fatwa Selangor pada 24 Disember 1998, kerajaan negeri Selangor telah memutuskan bahawa : 

1. Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani itu telah dihukumkan kafir oleh ulama Islam serata dunia.

2. Jabatan Agama Islam Selangor melalui Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan Sultan Selangor dan beberapa alim ulama di negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad. Maka, wajiblah dituntut mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan ikrar dua kalimah syahadah. 

3. Antara ciri-ciri ajaran Qadiani seperti yang dinyatakan di atas. 

4. Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku-buku berikut :

- Invitation To Ahmadiyah yang dikarang oleh Hazrat Hj Mirza Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II) 

- Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah yang ditulis oleh Pengurus Besar Jema'at Ahmadiah

- Alam Sebagai Saksi yang dikarang oleh Mohamad Zain Bin Hasan

- The Holy Quran With English Translation and Commentary (Vol II, Part 1) yang dikarang oleh M Mas'ud Ahmad.

Fatwa tahun 1998 telah diperincikan lagi pada tahun 2000 iaitu :

Memandangkan mana-mana orang yang telah menganut ajaran Qadiani telah menjadi murtad, akibatnya dari segi hukum syarak dan undang-undang sivil adalah : 

1. Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 46, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984.

2. Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya

3. Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabat Muslimnya

4. Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperoleh oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan mengikut mana berkenaan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.


Hurm... berhati-hatilah kita yer. Jika ada sebarang persoalan mengenai agama ni, rujuklah pada yang arif dan bijaksana. Jangan main sebat je angguk. Naya kita nanti. Maklumlah.. ada 73 pintu.. ada 73 jalan.. tapi satu je yang yang akan sampai ! 



You May Also Like

2 comments