Selain mengambil vaksin , ini lagi yang perlu anda lakukan lagi !

by - Isnin, Julai 19, 2021

Setiap kali ada kes melibatkan vaksin, aku jadi cuak ! Alamak... camana ni ? Nak ambil ke tak ? Aduh... takut ? Mestilah.. Macam macam cerita ada pasal mereka yang dah amik vaksin ni ! Bila ada baca kes kematian atau mereka dimasukkan ke dalam wad kerana vaksin, aku nekad tak nak amik dah ! 

Tapi bila aku tengok rakan rakan yang juga barisan hadapan dah ambil dua dos.. mereka hidup jer sampai sekarang ! Takda masalah pun ? Termasuk juga sahabat aku yang juga dah selesai dua dos. Alhamdulillah. Sihat jer. Rezeki buat mereka. 

Aku nekad selepas tu.. aku setuju untuk ambil vaksin. Sesungguhnya aku ambil vaksin tu bukan sebab takut nak mati tapi nak bantu kerajaan untuk putuskan rantaian Covid 19. Dan yang penting , aku bukan bergantung harap pada vaksin tu untuk pastikan aku terus hidup tapi pada diri aku sendiri ! 

Berkali kali aku baca di media sosial mengenai pesanan KKM ! Selepas dapatkan vaksin, teruskan ikut SOP sehinggalah rantaian  Covid 19 benar benar terputus. Tapi aku nampak ramai yang leka dan lalai. Tengok saja Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia setiap kali live di media. Dia dah ada lengkap vaksinasi tapi masih tetap ikut saranan menjaga SOP. Dua pelitup muka dan juga pelindung muka ! Alhamdulillah.. Menteri ? Sapa suruh ikut diorang... Kita ikut yang bijak pandai jer. 


Perlu kita tahu, kita masih boleh dijangkiti virus. Peranan vaksin bukanlah melindungi tubuh daripada virus tetapi mengurangkan tahap keseriusan jika berlakunya jangkitan Covid-19 yang boleh membawa kematian. Sekiranya kita dijangkiti Covid-19 selepas menerima vaksin, jangkitan tersebut tidak seteruk seperti kebiasaannya. Sekiranya jangkitan itu sederhana, ia akan mengurangkan kadar kebolehjangkitan kepada pihak lain dan seandainya berlaku juga jangkitan, ia berlaku pada kadar lebih sederhana, 

Apa yang aku kena buat selepas dah lengkap vaksin ialah tingkatkan penjagaan kesihatan yang berterusan. Jaga makan itu yang penting. Kerap bersenam. Jangan stress stress ! Kena senantiasa pantau tekanan darah dan denyutan nadi. InshaAllah. 


Bukan apa.. aku nampak di media sosial,  ada yang dah amik vaksin.. serupa dah merdeka ! Makan tak jaga. Bersenam jauh sekali. Kemudian serabut dengan kehidupan harian. SOP ? Ke laut dalam.  Lagilah.. Jap ikut , jap tak. Lebih pada takut nak kena kompaun dari kena virus ! Hurm... Nak tegur ? Siapalah aku untuk menegur. 

Aku masuk di satu chanel Telegram. Aduh.. pening kepala aku. Sibuk dok kata dah dapat dua dos , untunglah. Dah dapat Pfizer.. untunglah.. Boleh pergi cuti sana sini ! Adeh.. itu dalam kepala dia ke ? Selagi dunia belum selamat... kena tolak tepi semua tu. Takkan nak gi bercuti dengan pakai tangki oksigen kot ?

Aku bagi nasihat ni bukanlah tanda aku dah betul dah. Sekadar ingatkan jer. Andai aku nak pergi juga, maka pergilah. Tapi janganlah disalahkan kerana vaksin. Kita sendiri nak kena tau kemampuan diri kita. Kalau rasa tak sihat atau tak sesuai.. masa nak cucuk tu, kasi tahu la kondisi badan kita. Pastu jagalah kesihatan. Kita bukan cucuk ilmu kebal dalam badan. Sekadar membantu untuk melindungi dari kena jangkitan. Selebihnya kita berserah pada Allah.. Banyakkan berdoa. Yang penting kita bukan nganga dan tunggu SIHAT tu sampai depan mata.

Jaga SOP. Jaga KESIHATAN. Makan tu , perlu seimbang. Elakkan makanan yang mampu beri kemudaratan. InshaAllah. Ingat. kita bukan saja lindungi diri kita tapi juga keluarga tersayang.

Semoga Allah lindungi kita semua. 

You May Also Like

4 comments

  1. Betul, exercise pun jaga je.. mungkin badan kita berbeza. #kitajaga kita

    BalasPadam
  2. ya betul..... jaga sop, kita jaga kita....

    BalasPadam
  3. Benarkah selepas suntikan vaksin badan kita pada tahap yg paling lemah dan perlu berehat di rumah dahulu supaya tidak mendapat sebarang mudarat.

    BalasPadam
  4. Selama ni pun kita hidup dengan vaksin bro. Dari baru lahir sampai lah dah berjaya jadi nsan berguna.

    BalasPadam