Drama bersiri Ayahanda penuh emosi...

by - Julai 24, 2021

 

Memang bikin airmata aku mengalir.  Lama dah tak tonton drama yang buat aku mengalir airmata. Sangat menyentuh jiwa apatah lagi bila melibatkan 'ayah dan ibu'. Memang makan dalam drama ni. Patutlah aku ada baca status kawan kawan yang pernah baca novel karya Azizi Haji Abdullah setebal 364 muka surat ni. 

Banyak yang tersurat dan tersirat dalam drama ni. Drama ni disorot daripada kaca mata anak bongsu. Baginya semakin cuba untuk memahami hati ayahnya , makin sukar jadinya. Degil ayahnya bergerak seiring  dengan usia. Tak boleh ditegur, jauh sekali menerima nasihat anak anak . Dia sering berburuk sangka, menaruh dendam  dan marah yang bercampur dengan rasa bersalah. Sedangkan si ayah pula dengan kasih sayang dan sanggup berkorban apa saja demi kebahagian anak anak. Hakikatnya, perasaan seorang ayah itu sukar diduga sekalipun digali sedalam mungkin oleh anak anak sendiri. Haa.. itu sinopsis dari novel Ayahanda. 

Novel dah best... drama lakonan Jalil Hamid dan Ogy Ahmad Daud memang mantap. Kalau korang tengah serabut tengok angkat Covid 19 ni, layan drama ni. Watak Jalil Hamid yang nampak cam keras hati, degil tapi walhal kita tak tau pun kenapa jadi macam. Sedikit demi sedikit dibuka kisahnya dan membuatkan kita faham kenapa dia jadi macam tu. 

Dan paling best ialah... part kasih sayang dan JANGAN SESEKALI INGAT MASA TU MENANTI KITA. BILA BERLALU, IANYA TAKKAN DAPAT ULANG KEMBALI MAKA.. JANGAN BIARKAN IANYA BERLALU BEGITU SAJA ! 

Cinta tak dapat diukur melalui betapa rapatnya perhubungan itu. Pengorbanan dan kasih sayang yang tidak terlihat itulah sebenarnya Cinta yang terindah.  

Jap... nak teriak sat. Oh ya.. Boleh tonton di Tv3. Kat Disney Hotstar tu , leh dapat tonton awal. Heee..

You May Also Like

3 comments

  1. Alaaa... bestnya! Aben dah tonton dulu kat Disney Hotstar. Memang touching ini drama.

    BalasPadam
  2. dah tgk juga best sangat, jrg UN layan tv, Tapi ayahanda mmg menarik perhatian.

    BalasPadam