Kenapa kes positif Covid 19 semakin meninggi di Malaysia walaupun PKPD dilaksanakan ?

by - Jumaat, Julai 09, 2021

Dalam minggu ni dan juga minggu depan , jangan terkejutlah jika kes positif makin tinggi terutamanya di kawasan PKPD seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan. Tu satu petanda yang baik yang mana petugas petugas Kesihatan mengesan kontak kontak dan juga membuat saringan di kawasan yang terlibat dengan kluster kluster dan juga saringan bersasar. Segalanya untuk memutuskan rantaian Covid 19 ni.

Ada yang beranggapan.. kes terus turun ! Adoilah.. termasuklah sorang YB ni. Bagus bagus dah tapi sesekali aku nampak dia dok sibuk nak join provokasi ! Buatlah kajian skit yer. Dan aku yakin dia pun tau cuma terikut emosi gitu. Jangan YB..jangan ! YB teruskan bantu rakyat di kawasan masing masing. Jangan kasi up kemarahan rakyat di media sosial. Sepatutnya bantu tenangkan rakyat. 

Di Selangor.. kita tahu punca kes yang besar besar ni dari mana. Dan terbaru katanya MITI membenarkan kilang kilang tertentu untuk beroperasi demi memastikan bekalan keperluan mencukupi. Bagus tu baguslah. Tapi sila pantau kilang kilang tu setiap hari ! Nak lagi bagus.. sediakan penginapan untuk mereka di kawasan  khas. Ini untuk elakkan mereka dari dijangkiti melalui rakan rakan mereka yang lain.

Tapi bagaimana pula dengan kluster komuniti ? Ni pun satu hal lagi. SOP hancur.  Masih ramai gagal nak ikut SOP yang disarankan kerajaan. Senantiasa guna sanitizer. Elakkan sentuhan. Penjarakan fizikal.  Elakkan kunjung mengunjungi. Berbual dekat dekat walauun pakai face mask ! Adeh.. buat masa ni, ikutlah... Dan pelbagai jenis varian ada di dalam negara. Sekejap je boleh menjangkiti kita. Dengan sedikit kecuaian.. kelalaian , kita dah mungkin jadi pembawa dan juga pesakit ! 







AKTIVITI SARINGAN BERTUMPU (TARGETED SCREENING) DI KAWASAN PKPD 

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dilaksanakan selama 14 hari bermula 3 Julai 2021 hingga 16 Julai 2021. Semasa PKPD, aktiviti kesihatan awam dapat dijalankan dengan lebih bertumpu (targeted screening). 

Aktiviti pengesanan kontak rapat dan saringan kesihatan khususnya ke atas individu yang bergejala telah dilaksanakan dengan lebih giat bagi pengesanan awal kes COVID-19. Ini membolehkan pengasingan segera dijalankan bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti. Selain itu, KKM juga menjalankan saringan ke atas 10 peratus dari penduduk yang tinggal di kawasan PKPD tersebut dan keutamaan diberi kepada mereka yang berisiko tinggi. 

Justeru, jumlah kes harian COVID-19 dijangka meningkat berikutan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kesihatan awam. Selangor telah menyumbang sebanyak 42.02 peratus daripada 47,811 kes bagi tempoh 1 Julai 2021 hingga 7 Julai 2021 berbanding hanya 38.33 peratus daripada 40,973 kes bagi tempoh 24 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021. 

Manakala, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyumbang sebanyak 13.01 peratus pada tempoh 1 Julai 2021 hingga 7 Julai 2021 berbanding 12.29 peratus bagi tempoh 24 Jun 2021 hingga 30 Jun 2021. PKPD yang dilaksanakan adalah berdasarkan penilaian risiko di kawasan tersebut. Hasil saringan bersasar ini menunjukkan peningkatan kes yang ketara di negeri-negeri yang berada di bawah PKPD tersebut. 

Orang ramai dinasihatkan untuk terus kekal berada di rumah, menjalankan saringan jika bergejala atau kontak rapat kepada kes yang disahkan COVID-19. Bagi mereka yang mempunyai keputusan positif samada RTK Antigen atau RT PCR, dipohon untuk memaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah atau melakukan notifikasi kendiri (self notification) menggunakan aplikasi MySejahtera. Kemudian hadir ke Clinical Assessment Centre (CAC) untuk penilaian seterusnya. - 

KPK KKM -

 
Patuhi SOP. Rasanya korang pun dah tahu sekarang ni , wad wad dah dilimpahi dengan pesakit Covid 19. Petugas Kesihatan pun dah lesu. Pandai pandai la jaga diri yer. Dan tolonglah bantu kerajaan dengan membuat teguran pada rakan rakan yang terlupa nak patuhi SOP. 

You May Also Like

1 comments

  1. Kita bantu kerajaa, kerajaan pun bantu kita. Usaha sama-sama. TOLONGLAH.

    BalasPadam