Wake Me Up When September Ends ?

by - Julai 15, 2021

Alhamdulillah. Panjang umur aku lagi untuk mengadap laptop dan bercerita mengenai isi hati dan perasaan aku. Nak meluahkan segalanya di media sosial , rasanya tak tersampai. Sedih. Pilu. Syahdu. Perasaan bercampur baur. Yer, bukan aku jer. 

Setiap hari aku melihat Memories di Facebook. Apa yang aku buat hari ini , di tahun tahun sebelum. Bawa anak anak pusing taman berbasikal. Gi makan di restoran. Bercuti di hotel.. Keadaan sudah jauh sangat berbeza ketika ini. Mungkin inilah perasaan mereka yang mana negara mereka dalam peperangan ? Mungkin inilah perasaan mereka yang mana hari hari mereka menghadapi kebuluran ?

Tak sangka kan ? Macam dalam filem yang biasa kita tengok. Tu pun masih ada yang 'tidur' dan anggap semua ini mimpi. Yer , bangkitkan aku selepas September berakhir. Mudah gitu... Huhuh...Lebih lebih lagi sekarang kes dah lebih 10 ribu sehari. Kematian sudah beratus ratus sehari. Nak keluar rumah pun takut. Nak jumpa orang pun takut. Dah jadi paranoid. 

Tapi kehidupan perlu diteruskan. Dengan syarat yang cukup ketat ! Cukup ketat. Mungkin untuk 3-5 tahun ? Siapa tahu ? Berapa lama sekali pun , yang penting ialah apa yang ada di depan kita sekarang. Itulah saat yang paling berharga. Jika yang dah berkeluarga seperti aku.. habiskanlah masa dengan anak anak.  Siang hari , didik mereka ala kadar. Jangan ditekan. Jangan dipaksa. Mereka pun ada perasaan dan juga tau erti tertekan. Mereka memberontak tanpa kita ketahui. 




Nak luangkan masa dengan anak anak ni , ada banyak cara. Boleh cipta permainan bersama mereka. Kita kena kreatif. Mereka harapkan kreativiti kita untuk bermain. Jika tidak , gajet akan jadi pilihan mereka kembali. Diorang pun bukan nak main gajet sangat tapi bila dah tengok mak ayah sendiri gitu.. apa pilihan mereka ada. Bermain sesama mereka pulak akan bergaduh. Kita jadi marah. Nah.. camana tu? 

Kita tak tau berapa lama masa kita ada. Esok lusa ? Hargai.. dan nikmatilah dengan sebaiknya. Semoga Allah lindungi kita semua. Kepada semua frontliners , semoga Allah rahmati anda. Kepada mereka yang dipilih rakyat untuk memimpin tapi anda sangat pentingkan diri sendiri... semoga Allah memberi balasan setimpal buat anda.

Ya Allah..
Jika ada di antara kami yang sedang sakit, sembuhkan mereka.
Jika ada di antara kami yang sedang berduka, gembirakanlah hati mereka.
Jika ada di antara kami yang sedang dalam kesempitan, luaskanlah rezeki mereka.
Jika ada di antara kami yang sedang buntu, berikanlah mereka kelapangan fikiran. 
Jika ada di antara kami yang sedang mencari pekerjaan, berikanlah mereka pekerjaan yang halal.
Jika ada di antara kami yang sedang berusaha mendapatkan zuriat, kurniakanlah mereka rezeki anak soleh dan solehah buat mereka.
Jika ada di antara kami yang keras hatinya dalam mengerjakan ibadahmu, lembutkanlah hati mereka. Jika ada di antara kami yang sesat dan keliru, tunjukkanlah mereka jalan yang benar.. 

Ya Allah.. 
Angkatlah wabak Covid19 ini dengan kadar segera.. kami semua ingin kembali ke beribadah di masjid, menjalani kehidupan seharian seperti biasa, bersilaturahim dan berada dalam ketenangan tanpa wabak ini.. 

 Ya Allah.. Makbulkanlah permintaan kami ini.. Aamin ya Rabbal Alamin 

You May Also Like

1 comments