Elakkan dari alami tekanan perasaan !

by - Ahad, Julai 25, 2021

Syok tengok orang berjogging.. brisk walk !


Kemurungan akibat pelbagai masalah. Yer , aku pun alami baru baru ni. Punca ? Terlalu banyak habiskan masa dengan media sosial. Facebook , Twitter , Telegram... ahhh, macam macam ! Serabut otak memikirkan. Aku yang duduk rumah diam diam gini lak jadi pening. Alhamdulillah , aku dah berjaya atasi dengan tukar gaya pemikiran. 

Tau tak apa kesan jika kita dalam keadaan serabut begini ? Dalam keadaan stress begini ? Mudah sakit kan ? Mental dan fizikal ! Muka cepat nampak tua.. Dah tak da lagi gelak tawa. Jadi serius memanjang. Anak anak tengok pun takut. Huhuh..

Apakah kesan stress pada kita tanpa kita sedari ? 
  • Stres boleh menyebabkan kehilangan/ kekurangan nutrien seperti vitamin C, B kompleks, magnesium dan kalsium.
  • Mengalami masalah emosi makan di mana kita akan makan di saat tidak lapar atau makan makanan yang tidak berkhasiat.
  • Melangkau waktu makan utama terutamanya sarapan pagi dan akan merasa lapar yang keterlaluan pada waktu makan tengah hari serta berkemungkinan besar untuk memilih makanan yang tidak berkhasiat.
  • Mengambil makanan yang mengandungi tinggi lemak, garam dan gula.
  • Mengambil snek yang tidak sihat seperti makanan ringan.
  • Mengambil makanan segera yang mudah didapati dan tidak memerlukan penyediaan.
Bahaya tak ? Bahaya woiiii ! Mula sakit kepala.. pastu tekanan darah naik disusuli diabetis. Tu belum lagi masalah kolestrol dan sebagainya. Aduh... Bila dah begini punya pakej datang , bayangkan jika kita Positif Covid 19 ? Allahuakbar ! 

Dalam keadaan begini , kita kena ubah gaya hidup. Ketatkan diri dengan penjagaan SOP. Kemudian , amalkan pemakanan yang sihat dan diet seimbang. Jangan asal tengok makanan sedap, balun ! Yer.. aku tahu. Memang dah tekak nak tapi buat masa ni, badan kita perlukan sistem pertahanan yang kuat. Maka kena cari makanan yang berkhasiat dan berzat. 

Macam aku la.. bila aku stop jap aritu bersenam dek kerana PKPD terus aku 'luangkan masa' layan media sosial. Kesannya ? Mak aih.. nak g kedai Aceh pun takut ! Mengigil kaki nak melangkah. Walhal sebelum tu, elok je aku gi brisk walk jauh jauh. Dek kerana terlalu banyak baca kisah kisah di Facebook terutamanya, aku jadi macam tu. Mula berfikiran jauh. Macam macam perkara aku fikir ! 

Nah.. sekarang Alhamdulillah. Lepas subuh, aku tak tidur dah. Bersenam tiap pagi dan petang. Pastu amalkan minum air jus buah. Makan pun , ala kadar. Sekadar kenyang.  Layan anak anak. Tengok drama drama Melayu yang takda melibatkan CEO Megah Holding. Dan sesekali tengok media sosial. Gitulah... 

Yang ni penting.... Ramai tak sedar ! Info yang aku amik dari MyHealth ni sangat berguna untuk kita. Moga dapat membantu kita semua.. sedikit sebanyak ! 

Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat
  • Tabiat diet yang tetap - Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap adalah digalakkan manakala 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah perlu. Pemakanan yang sihat bermula dengan sarapan pagi yang hebat.
  • Ambil diet seimbang - Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan piramid makanan.
  • Kurangkan pengambilan kafein - Pengambilan kafein seperti kopi dan teh disarankan tidak melebihi 2 cawan sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Pengambilan kafein yang banyak akan lebih meningkatkan stres serta mengurangkan tumpuan dan keberkesanan dalam kerja serta mengganggu kualiti tidur.
  • Kurangkan pengambilan garam - Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan garam seperti makanan segera, serbuk perasa, makanan dalam tin, ikan masin, telur masin dan jeruk.
  • Kurangkan gula - Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan kapasiti sistem imun yang perlu dalam pengurusan stres. Selain itu, ia juga meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan diabetes dan masalah kegemukan.
  • Berhenti dari pengambilan alkohol - Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur agar keseimbangan badan dapat dikekalkan dan menghindari stres.
  • Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi melalui diet seimbang - Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi dapat meningkatkan keseimbangan badan dan menghindarkan stres. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
  • Penggunaan bahan makanan yang mengandungi probiotik - Pengambilan bahan makanan yang mengandungi ‘lactobacillus acidhophitis’ dapat menghalang pembesaran bakteria patogen dan menggalakkan sistem imun, menambah vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.
  • Kekalkan berat badan - Pengekalan berat badan yang ideal dan pengamalan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit mampu memberikan ketenangan di samping badan menjadi lebih aktif.
  • Hentikan tabiat merokok - Nikotin yang terdapat di dalam tembakau memberikan rasa ketenangan pada jangka masa pendek tetapi toksin di dalam nikotin akan meningkatkan degupan jantung dan stres.

Antara makanan yang dapat membantu bagi mengurangkan stress adalah:
  • Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.
  • Sumber ikan, terutama ikan laut dalam seperti ikan salmon, mackerel (tenggiri, kembung) dan sardin, dan ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).
  • Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres.
  • Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah.
  • Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan
  • Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu.
  • Aprikot kering amat kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.
Aku... setiap minggu akan buat jus dari gabungan beberapa buah buahan dan sayuran. Yang penting , kena ada beet root atau ubi bit. Haaa.. Bagus ok beet root ni ! Khasiat dia banyak ! Korang boleh baca di SINI. Alhamdulillah, aku dah amalkan sejak 2016. Memang bagusss sangat ! 


Semoga bermanfaat. Jangan stress stress yer. 


You May Also Like

3 comments

  1. baik, x mau stress2.. buat apa Allah SUKA, hidup tenang dalam redhanya. Amin

    BalasPadam
  2. Sekarang cuba alihkan perhatian dan pemikiran pada yang lebih positif.

    BalasPadam
  3. Ada yang stress jadi kuat makan.. stress lagi, makan lagi.. lepas tu jadi gemok..

    kawan tengok pun jadi stress, dia pun ikut makan jadi gemok..

    kawan sorang lagi tengok pun stress dan makan jugak..

    dah jadi tiga budak gemok.. hehehe..

    Dah² jangan stress².. amalkan gaya hidup sihat dan makanan seimbang.

    BalasPadam