Mengapa Ohana Specialist Hospital wajar pilihan ibu mengandung ?

by - Julai 22, 2021

Keluarga adalah keutamaan bagi mereka yang memilikinya. Kesihatan adalah sangat penting. Maka kedua dua ni ,tak boleh dipisahkan. Jika ada yang tidak sihat , pastinya kita akan gelisah terutamanya anak anak yang masih kecil atau juga orang tua kita. Golongan muda pun jika sakit , mesti nak utamakan hospital yang selesa. Tak kira la untuk dapatkan rawatan atau untuk inap ( warded ) di hospital. 

Di Malaysia , ada banyak pilihan hospital mesra keluarga masa kini terutamanya mereka yang ingin melahirkan anak dan juga mendapatkan rawatan susulan selepas melahirkan anak. Dari sudut lokasi , harga mampu bayar , keselesaan dari awal hinggalah discaj pastinya akan jadi tarikan utama

Aku yang dah 3 kali bepengalaman menemani isteri sejak dari awal mengandung hinggalah melahirkan anak , pastinya tahu apa yang setiap isteri inginkan dari awal lagi. Keselesaan buat mereka ! Yer.. mereka bukanlah inginkan yang terbaik tapi kita sebagai suami ingin berikan padanya yang terbaik. Jelas terpancar kelegaan setiap kali membawa dia membuat check up dan juga rawatan. Ruang menanti yang selesa. Layanan yang baik. Kakitangan profesional dan juga sejantina... wanita la maksud aku. Heee..

Itu baru check up dan lahirkan anak. Jika anak anak tak sihat dan sebagainya ? Haaa.. Macam kes Zahra yang kena jangkitan paru paru , Aariz yang luka kena air panas.. fuh ! Kelam kabut nak bawa ke hospital untuk dapatkan rawatan segera. 

Antara yang jadi pilihan ialah OHANA SPECIALIST HOSPITAL yang terletak di Kuala Lumpur , hospital butik yang cukup cantik, mesra keluarga,  selesa dan elegan  di mana kakitangan perubatan profesionalnya terdiri dari para wanita saja. Fuh, best kan ? Tiap tiap tahun beranak pun best ! Hahahaha.. menjeling wife aku !

Ok ok.. Jom kita baca mengenai kelebihan , keistimewaan Ohana Specialist Hospital ini  dan mengapa wajar jadi pilihan utama. Selain dari doktor pakar yang berpengalaman , jururawat yang profesional pastinya perkhidmatan yang ada di situ, kan ? Nah... 

Perkhidmatan dan kepakaran  yang ditawarkan di OHANA HOSPITAL

A ) Obstetetrik dan Ginekologi ( Kehamilan dan kesihatan wanita ) 
  • Pemeriksaan antenatal dan postnatal 
  • Imbasan Ultrasound 2D  serta imbasan terperinci  termasuk 3D dan 4D. 
  • Pap Smear - ujian awal mengesan kanser serviks
  • Pemeriksaan payudara dan imbasan payudara 
  • Pemeriksaan dan Rawatan STD ( Penyakit Venereal ) 
  • Pembedahan ( LCS elektif dan LSCS kecemasan ) 
  • Tenaga kerja dan Penghantaran
B )  Pediatrik  ( Penjagaan , perkembangan dan penyakit melibatkan kanak-kanak ) 
  • Jaundis Neonatal , ujian darah 
  • Sunat bayi dan kanak kanak 
  • Perkhidmatan in-services 
  • Kes kecemasan 
  • Perundingan klinik
  • Vaksinasi
C ) Pakar Kesuburan ( Fertility Specialist ) 
  • Penilaian hormonal
  • IUI
D )  Pembedahan Am  ( General Surgery ) 
  • Hernioplasti Inguinal 
  • Lumpektomi Payudara
  • Appendektomi
  • Sunat 
  • Hemmorrhoidektomi 
  • Insisi & Saliran
E ) Jabatan A&E 24 Jam 
  • ECG 
  • Pembedahan kecil
  • Jahitan , imunisasi 
  • Rawatan luka 
  • Pemeriksaan Pra- Pekerjaan 
  • Pemeriksaan Pelajar 
  • Pemeriksan Kesihatan 
  • Penyelidikan Darah dan Urin 
  • Nebulizer 
  • X-Ray
F ) Anestesiologi 
  • Suntikan Epidural 

Ok... kita dah baca perkhidmatan perkhidmatan yang ditawarkan di Ohana Specialist Hospital, kan ? Mesti tertanya bagaimana keadaan hospital tu sendiri. Aku pernah ke sini satu masa dulu. Ketika tu aku bawa anak anak untuk mendapatkan rawatan pesakit luar kat sini. Alhamdulillah... memang mudah untuk sampai sini walaupun aku dari Sepang. Jauhhh.. tapi teringin nak tau punya pasal. Tempat letak kereta, takda masalah. Banyak je ada kat sini. 

Bermula dari pintu masuk hinggalah ke bilik rawatan , memang selesa. Kakitangan memang profesional dan sangat membantu. Anak anak yang nak kena cucuk pun hilang rasa takutnya bila mereka dilayan dengan penuh kemesraan. 

Bahagian depan Ohana Specialist Hospital


Bahagian Pendaftaran dan  Ruangan Menunggu

Bilik Bilik yang ditawarkan di Ohana Specialist Hospital







Nurseri dan Bilik Kaunseling


Bilik Bersalin dan Dewan Bedah

Ok.. dah tengok kan ? Tertanya tanya pakej yang ditawarkan sekarang ni di Ohana Specialist Hospital ? Ada banyak... Antara pakej yang mendapat sambutan ialah Pakej Bersalin atau Maternity Package , Vaksinasi dan banyak lagi termasuklah ke Covid 19 Test. Dan pakej pakej ini akan ditambah dari masa ke semasa. 

Kalau korang berminat nak tahu mengenai pakej pakej ni , boleh hubungi mereka terus nanti. InshaAllah.. sangat berpuashati. 



Jangan tunggu lagi.  Dapatkan yang terbaik untuk ahli keluarga tercinta Korang kena cepat cepat buat tempahan. Bukan apa.. nanti dah penuh, pening kepala lak nak mencari. Hubungi segera untuk pertanyaan lanjut : 

Ohana Specialist Hospital

Alamat : No 9, Jalan Seri Rejang, Rampai Business Park South, 53300 Setapak, Kuala Lumpur

No Telefon :  03-4131 2039

Email : enquiries@ohanahospital.com

Waktu Operasi :     Isnin - Jumaat (24 jam) /   Sabtu  dan Ahad ( 24 Jam )















 




You May Also Like

3 comments

  1. eh...rasa nak mengandung dan bersalin semula la mcm ni . hahahah!

    BalasPadam
  2. murah untuk test covid disini. bagus2

    BalasPadam
  3. wow , bagus yer kemudahan lengkap dan selesa kat sini

    BalasPadam