Drama Mata ke 3 menarik dan seram tapi sayangnya...

by - Rabu, Julai 28, 2021

Sejak akhir akhir ni, aku gemar layan drama Melayu. Wife aku pun pelik tengok aku. Kalau tidak, asyik nak layan filem luar jer ! Haahhaa.. Tau kenapa ? Filem luar sekarang takda tapisan terutamanya babak seksi ! Dah la tu siap ada babak LGBT selamba jer. Macam saja saja nak brainwash kita supaya boleh terima kehidupan mereka. Hurm.. 

Ok ok.. Macam dalam entri aku sebelum sebelum ni, buat masa ni, ada dua drama di TV3 yang aku nantikan setiap hari. Saja nak habiskan malam hari layan drama sebelum tidur. Drama seram Mata ke 3 antaranya la. Adaptasi novel seram terlaris karya En. Zulfikli Ahmad ni, kalau dari dalam novel tu memang seram laaa.. bagi yang pernah baca. Yang tak baca, boleh cari dan beli. Sekarang ni, dah kena layan cerita cerita begini untuk elak kepala dok pikir pasal Covid 19 jer. Huhuh.. 


Bermula dari episod pertama hari tu, drama Mata 3 aku nantikan sehinggalah semalam, dah masuk ke episod ke 3.. tapi seramnya macam 'hilang' tanpa dapat dikesan. Haaa ! Kenapa boleh jadi macam ni ! Alaaaa... tak syok la... Menurut penulis skripnya.. 

Banyak babak seram dipotong ! Huhuhu..


Udahnya gi mana pak ? Hahahaha.. Jangan risau.. Korang boleh tonton di Youtube. Tanpa potong.. tanpa iklan ! Haaa ! Baru syiok ! Hahahaha.. Nampaknya , tak perlu la aku nak tunggu tiap malam di TV3 dah. Tunggu diupload kat Youtube je la gitu... Heee.. 

Tapi kesian lak kat TV3.. tu sumber pendapatan diorang kot. Hahaha.. Entah la nak.. Yang pasti skang, aku nak tengok drama drama menarik di TV3.. tak kisah la baru ke lama tapi yang pasti , malam aku tak boring sebelum aku lelapkan mata. 

Boleh tonton Episod 1 tanpa potong di SINI 





You May Also Like

0 comments