Vaksin berjaya melindungi dari virus Covid 19 ?

by - Rabu, Julai 21, 2021


Sahabat rapat aku mesej. Katanya ibu bapanya di kampung dijangkiti Covid 19. Aku telefon dia. Dan dia pun bercerita. Mereka ni peniaga kedai runcit. Memang dari golongan berisiko tinggi. Ibu bapanya sudah berusia. Runsing ? Memang la. Tapi dia bersyukur sangat ! Kenapa ? Kedua ibu bapanya sudah mengambil vaksin. Ibunya , lengkap dua dos. Manakala bapanya satu dos dan sepatutnya dalam minggu ni dapat dos kedua
. Kedua duanya vaksin jenis Pfizer.

Gejala bermula dari ayahnya yang demam secara tiba tiba dan juga keletihan. Hari kemudian, dah sihat. Ibunya pula cirit birit. Sekali jer. Pastu takda apa apa dah. Anak anaknya menasihati mereka untuk membuat swab test. Demi untuk keselamatan semua. Dan ya, mereka positif. Punca ? Tak tau dari mana tapi menurut si ayah tu.. memang dalam satu minggu tu , ubat demam laris di kedai ! Huhuh..

Mereka dihantar ke pusat kuarantin. Sedih ? Ya.. mestilah. Masing masing risau. Tapi bersyukur, si ayah takda gejala dah. Manakala ibunya pula cuma selsema skit.  Gejala lain takda. Alhamdulillah. Mereka di tempat yang betul di bawah pemantauan kakitangan perubatan di sana. 

Semalam Aidiladha. Rakyat Malaysia dengan cerita tersendiri. Si ayah di pusat kuarantin dapat solat sunat Aidiladha berjemaah dan makan beramai ramai di sana. Ada ramai kawan kata si ayah. Macam macam golongan ada. Suara kegembiraan kata kawan aku ni. Begitu juga ibunya. Juadah raya dihidangkan. Berselera makan masing masing. Dari duduk rumah takda sapa sapa.. anak cucu tak dapat balik. Kesedihan. Nah... di pusat kuarantin , ada ramai kawan kawan sebaya. Alhamdulillah... lega di hati anak anak. Namun mereka masih memantau keadaan kesihatan setiap masa.


Swab test kontak rapat.. anak dan cucunya yang tinggal bersebelahan. Alhamdulillah, negatif tapi masih perlu dikuarantin dan tunggu untuk swab test kedua. Baru boleh merdeka. Gejala, tiada. Alhamdulillah. Lega masing masing. Menangis si ayah mengetahui berita tu. Bersyukur sangat. Yer, risau ! Apatah lagi bila melibatkan anak anak kecil. 

Bagi aku, hikmah buat mereka. Kedai ditutup seketika. Mereka dapat rehat. Dapat solat berjemaah. Ada teman teman bicara. Terubat kerinduan. Nah... ditambah lagi dengan keadaan sekarang ni  yang mana ada perantau yang 'berjaya lepaskan' diri  pulang ke kampung. Kita tak tahu kondisi mereka bagaimana. Apatah lagi jika mereka tu dari Kuala Lumpur atau Selangor yang sedang panas dengan varian Delta ! Allahuakhbar ! Dan bayangkan jika mereka ini singgah di kedai runcit mereka ! Tak kena pada mereka, kena pada pelanggan lain ! Camana tu ? 

Dan ini satu lagi kes melibatkan kawan rapat aku. Dia seorang AJK masjid. Lengkap 2 dos Pfizer. Latar belakang, ada penyakit darah tinggi dan juga kencing manis... seingat aku. Alhamdulillah.. sihat sampai sekarang. Nak dijadikan ujian buatnya, salah seorang AJK masjid dia , tak sihat. Disuruh buat swab test , takut. Tak nak ! Akhirnya dia sendiri yang bawa kawan dia tu ke Klinik Kesihatan untuk membuat swab test. Tapi BERSYARAT. Walaupun dia dah ada vaksin , SOP KETAT dilaksanakan. Dia pakai double facemask dan pakai pelindung muka. Begitu juga kawan tu. Duduk dibelakang. Buka tingkap kereta.  Dan selepas selesai urusan, dia bersihkan keretanya betul betul. 

Kawan tu, disahkan POSITIF Tahap 4 ! Dimasukkan ke dalam wad. Manakala kawan aku tu buat swab test... NEGATIF. Dan yang paling penting, kawan yang dijangkiti tu, dah pun sembuh. Jika terlewat hantar.. entahlah nasibnya...

Apakah kerana VAKSIN ? Vaksin tu cuma membantu. Yang penting ialah kita sendiri. Minta perlindungan  dari Allah.. berdoa dan kemudiannya , kita patuhi SOP ! InshaAllah.. bukan kita je selamat.. tapi ramai orang akan terselamat. 

Mak aku sendiri pun dah lengkap 2 dos. Dia sama tarikh pengambilan vaksin dengan aku. Kami dah pun lebih dari 14 hari yang mana menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, dikira lengkap vaksinasi namun aku jaga SOP setiap kali keluar dari rumah !




Tak kira la dekat atau jauh.. mahupun dihantar sampai depan rumah , aku masih ikut perlu berhati hati. Bukan saja mampu lindungi aku dan keluarga tapi jiran tetangga juga aku perlu  jaga. Kita kena jaga kita ! Jika kita nak kembali 'merdeka' dengan norma baru.. ini sajalah caranya. Dan aku selesa dengan cara begini sebenarnya. Pelik ? Lama dah aku pakai face mask. Sejak jerebu. Udara tercemar dengan kekotoran yang manusia sendiri buat ! Huhuhu..

Nasihat aku.. jika korang ada gejala , cepat cepat buat swab test ! Kemudian kuarantin diri ! Ini penting sangat untuk dilakukan. Jangan takut. Tindakan awalan adalah sangat penting. Jangan tunggu dah melarat baru nak dapatkan bantuan. 


You May Also Like

3 comments

  1. kita jag akita, semoga semua oprang di berikan kesihatan yang baik.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dapat lindungi diri dari kesan yang lebih teruk.

    Moga cepat ujian ini berlalu.

    BalasPadam